Assalamualaikum. Welcome to my blog. I'm Iva, owner of this diary. There have some stories and hijab tutorials here. Thank you for visiting this blog. Follow my blog and keep on reading my stories. Thank you . . . . .

Tuesday 31 July 2012

Belanja & Persiapan Untuk Aidilfitri

Okay ini cerita dari sambungan untuk entry Salam Ramadhan yang lalu. Back to my question, macam mana dengan persiapan Hari Raya ? Dah shopping baju baru kasut baru segala yang baru ? Hehe. Ada yang dah shopping dari awal sebelum puasa, ada yang suka shopping time berpuasa (dapat rasa suasana nak beraya hehe), ada yang suka beli last-last minit. Kalau boleh tu elakkan lah daripada shopping last minit, sebab takut apa yang kita berkenan, ha time tulah dah habis stock, dah takde saiz. Hm. Bagi yang belum start shopping, jom shopping untuk sambut Syawal ! Tapi jangan keterlaluan sebab Allah SWT tak suka akan pembaziran. Membeli mengikut kemampuan, itu lebih menyenangkan.

Macam ada sesetengah orang yang berbelanja, let say dia ni macam aaaa cepat terpengaruh dengan kawan-kawan. Bila kawan-kawan pakai yang macam ni, dia pun nak beli yang macam tu walaupun dia tahu harga barang itu diluar kebiasaan dia bershopping. Then bila dah beli barang tu, haa baru lah teringat "Alaa tak cukup nak beli ni la. Benda ni penting. Macam mana aku nak belanja makan ni?"
C'mon babe, berbelanja ikut kemampuan & keperluan, bukan mengikut kehendak. Melainkan kalau ada extra money tu, haa boleh lah korang budget nak beli apa yang korang nak. Biasalah shopping tu hobi perempuan, isn't it ? Lebih-lebih lagi bila baju kurung, baju kebaya, semua jenis baju yang dah mula dijual sekarang, ada macam-macam pattern, macam-macam design baru, dan harga pun macam-macam lah. Sampai pening nak memilihnya. Buatlah pilihan yang terbaik okay ? :)

Makin hari makin dekat kita nak menyambut Aidilfitri, ha macam-macam segala satu benda kalau boleh nak baru. Rambut raya, handphone raya, casing handphone raya, purse raya, langsir raya, sofa raya, semuanya raya lah hehe. Takpelah janji awak semua happy dengan perbelanjaan untuk hari raya, tapi jangan sampai berhutang jangan sampai ikat perut semua tu okay ? No no no tak boleh sama sekali. Kita sedang berpuasa, memang nafsu macam-macam sikit hehe. Tapi kalau kita boleh control, InsyaAllah semuanya will be alright ;)

Macam mana pula dengan juadah untuk Hari Raya nanti ? Yezzaaa. Ni yang best ! Part paling Iva suka untuk ngobrol, yes ! Soal makan. Hehe. Tahun ni kuih buat ke atau kuih tunjuk je ? Hehe. Tak kisah lah buat sendiri atau beli, yang pasti, jangan membazir, okay ? Nak nak bila bulan puasa ni, nampak apa jenis kuih raya pun semua nampak sedap, rasanya belum tentu. Bagi yang pandai buat kuih raya, memang biasanya pun akan buat sendiri tu, mesti sibuk list kan bahan-bahan untuk jenis-jenis kuih yang nak dibuat. Hehe alahai meriahnyaaa Hari Raya :)
Lagi bertambah best bila buat kuih raya kat dapur sambil dengar lagu raya hehe syoknyaaaa ! Tak sabar nak raya :D Haaa nampak tak over excited disitu ? Okay okay stop Iva stop. Hee. Okay ini je kot yang Iva nak story mory. Bye :D


Monday 30 July 2012

Selamat Hari Persahabatan Sedunia


Sahabat ? Ramai yang suka akan pepatah "Berkawan biar beribu, berkasih biar satu". Tapi dalam ramai-ramai kawan yang beribu tu, hanya segelintir yang terpilih oleh kita sahaja yang boleh kita jadikan dia sahabat. Semua orang kita boleh berkawan, tapi tak semua kawan boleh dijadikan sahabat.

Sahabat adalah seseorang yang selalu berada tatkala kita bersedih dan gembira. Jika ada apa-apa masalah, atau cerita, sahabat lah yang akan kita cari dan kongsikan bersama. Bergaduh dan berbaik semula, bergaduh lagi dan berbaik semula lagi, salah faham itu ini, membuatkan hubungan persahabatan itu lebih akrab, dan dapat mematangkan kita dalam pergaulan. Sahabat akan menegur kesalahan/kekurangan yang ada pada kita, dan kita haruslah menerima teguran itu dengan positif tak kiralah teguran itu daripada siapapun keluarga ke pensyarah ke, mahupun sahabat.

Saya menerima message ini dari sahabat-sahabat saya pagi tadi :

Ya Allah Ya Tuhan ku, berkatilah sahabatku yang paling ku sayang,
Cubit aja pipinya kalau dia nakal :p
Pimpinlah dia ke jalan yang benar :)
Tapi jangan biarkan airmata jatuh dipipinya yang manis itu ya :(
Kerana sebahagian semangatku ada di dirinya...

( Auchh thank you my bebeh bebeh ! )

SELAMAT HARI PERSAHABATAN SEDUNIA !

 I love you, my friends 



Friday 27 July 2012

Damn Situation

Assalamualaikum.

Maaf kepada semua sebab blog Iva mengalami masalah apabila kena HACKED. Ye memang Iva rasa sangat sedih pada waktu itu, Iva terfikir kenapa ada juga makhluk Allah SWT yang mengkhianati Iva di bulan Ramadhan yang mulia ini. Mungkin ada yang tahu mengenai blog Iva, mungkin ada yang dah baca apa yang HACKERS telah buat pada blog Iva disertakan dengan "Ucapan" Hari Raya. 

Ye memang kita semua maklum, bukan semua orang suka dengan sikap dan perangai kita. Ada yang tidak berpuas hati, iri hati, dan mempunyai sifat hasad dengki sehingga buat dajal pada kita dan menjatuhkan maruah kita. Biasalah ada sesetengah manusia yang tak boleh tengok kita senang, ada sahaja cara dia untuk menjatuhkan seseorang itu. 

Ingatlah, Allah SWT itu maha adil. Apa yang anda buat, anda akan terima balik. Thats called KARMA.
Janganlah kita judge yang bukan-bukan terhadap seseorang yang kita tidak kenal. Tak kenal maka tak cinta, isn't it ? Dan pepatah itu bukan bermaksud bila dah kenal terus jatuh cinta macam orang bercinta tu, kenal dulu seseorang itu dengan positively, then baru judge. Tak kenal tak apa tiba-tiba nak cakap itu ini burukkan nama baik orang tu, susah lah. 

Saya hanya manusia biasa yang tak mampu untuk melakukan sesuatu yang boleh memuaskan hati semua orang, kerana setiap orang mempunyai sifat dan pendapat yang berbeza, rite ?

SAYA OKAY KALAU ORANG OKAY DENGAN SAYA. 
TOLONG JANGAN SIBUK TEPI KAIN ORANG KALAU TEPI KAIN SENDIRI TERKOYAK.
Simple thing, simple sentences.

Iva minta maaf kalau ada salah laku terkasar bahasa tersalah semua yang salah-salah tu lah kan, maafkan Iva. Di bulan Ramadhan yang mulia ini, semoga semua umat Islam dapat muhasabah diri dan berubah kearah kebaikan. Amin... 
(mengingatkan diri sendiri juga)


Sunday 22 July 2012

Salam Ramadhan

Assalamualaikum.

Hehe jap jap, ada gambar sebelum Iva mulakan bicara pada kali ini.


Heee tadaaaaaa ! Okay itu gambar pada hari Jumaat lepas, sebelum berpuasa pada esok harinya. Hehe

Okay back to our topic...

Hi semua. Apa khabar ? Sihat ? 
Semoga awak semua sihat walafiat dan bertenaga sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. 
Macam mana dengan juadah berbuka puasa ? Bagi mereka yang membeli juadah di bazaar ramadhan tu, beli ala kadar je okay. Elakkan pembaziran. Kalau tak sempat nak berbuka tu, sesak di tengah jalan raya ke kan, berbukalah dengan 3 biji kurma dan segelas air kosong pun dah cukup, mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW. Tapi kalau takde kurma, air mineral yang botol kecil tu pun sudah memadai. Hehe :) 

By the way, tiba-tiba cakap omputih pulak kan haaa, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak & Selamat Berpuasa to all Muslims.

Iva mohon maaf atas segala salah dan silap, tersalah bicara, terkasar bahasa, termengumpat termengungkit termengata termemerli semua semua lah yang salah salah tu, maafkan Iva ye :') 

Yelah sebenarnya, kalau kita ada buat salah, bila-bila masa pun kita boleh minta maaf, tak perlu nak tunggu puasa sampaikan ke raya. Tapi dikesempatan Iva berbicara ni, sekali dengan mohon maaf sekali lah, hehe :)

Kepada kawan-kawan yang berpraktikal, seperti mana Iva, dan kawan-kawan yang lain yang sedang meneruskan perjuangan di kampus tu, minum air suam banyak-banyak dan makan kurma time bersahur tu, biar bertenaga pada esok hari untuk pergi bekerja ataupun ke kuliah :) 

Okay macam mana dengan persiapan Hari Raya ? 
Will be continued...

Thank you for reading :)

Wednesday 11 July 2012

Practical

Assalamualaikum.

Hi semua. Hello readers! Apa khabar? Sihat? Kawan-kawan yang praktikal tu, macam mana? Okay tak dengan suasana tempat kerja, situasi, tugas yang diberi? Everything's okay? Good then :)
Okay hari ni Iva nak bercerita mengenai pengalaman berpraktikal selama 3 hari ni, bos tanya, 
"Macam mana Iva? So far so good?
"Yeah so far so good.. :D"

Hehe yeahh so far so good. Hopefully u olls pun begitu juga ya, teman-teman. Buat masa sekarang, Iva diberi tugas untuk buat akaun dengan menggunakan sistem UBS. Bagi mereka yang ada belajar subjek ni, mesti korang tahu. Okay cerita ringkas simple pimple jelah, boleh? Hihi. 
Oh lupa, Iva sebenarnya nak bagi tahu mengenai buku catatan harian yang kita kena catat hari-hari mengenai tugas/kerja/projek apa yang kita buat dalam buku yang telah diberi tu. Ramai yang keliru dengan buku catatan dengan full report tu. Okay kat sini Iva akan cerita serba sedikit mengenai tu, mengikut pengetahuan Iva lah eh. Sebab Iva ada tanya-tanya pada senior juga tentang perkara ni. Maklumlah kita baru nak berpraktikal, dan mungkin pada awalnya masing-masing keliru dengan perihal ni. Okay.

Ramai yang tanya, "Catatan harian tu tulis dalam bahasa melayu, atau english?"

Okay. Kalau korang buat catatan harian/diari tu dalam bahasa melayu, so full report pada akhir praktikal nanti pun buat lah dalam bahasa melayu. Kalau catatan harian/diari tu korang buat dalam english, so full report nanti pun buat jugak dalam english. 
Jangan campur aduk rojak macam kita selalu guna tu eh eh, hehe :)
Dan kalau korang nak tahu, batch lepas a.k.a senior kita yang lepas, dorang kena buat presentation dalam bahasa inggeris katanya. Kan kan? Haa. 

So sooo, chaiyookkk kawan-kawan ! We can do it ! :)

Eh eh, Iva macam nak ngobrol-ngobrol santai ya disini. Rasa penat tu sangat terserlah okay, balik je praktikal, terus K.O. Macam manalah dengan parents kita yang bekerja, balik memasak, jaga anak, basuh kain, kemas rumah lagi, haihhh tak terkira penatnya. Apalah nak dibandingkan dengan penat kita ni. Sekarang baru Iva sedar macam mana penatnya bila bekerja ya. Tu belum campur kemas rumah, tolong ibu kat dapur apa semua lagi haaa. 

Okay lah, sampai sini je Iva  nak cerita. Eh tapi sebelum tu kan, haaaa tengok gambar kat bawah ni :


Haa ni lah muka hari ke-3 praktikal huahuahuaa :D Bergambar jap sebelum berangkat ke office heee.

TIADA APA YANG SENANG DI DALAM DUNIA NI. SEMUANYA SUSAH. SEBAB TU KENA BELAJAR. 
MACAM AKAUN. ORANG KATA AKAUN SUSAH. TAKPE. BOLEH BELAJAR SAMPAI JADI SENANG :)

Assalamualaikum.




Sunday 8 July 2012

It's Time To Work

Assalamualaikum.

Hi semua. Dah lama Iva tak ber'blogging'. Selalu layan coolblog je. Sebab Iva busy sikit dengan shortsem ni, sekarang ni Iva dah habis cuti semester dan esok bermula lah satu adegan baru buat Iva dan kawan-kawan yang seperjuangan dengan Iva, iaitu PRAKTIKAL. 

Bermula pada esok hari iaitu 9 Julai 2012, Iva akan mula praktikal pada pukul 9pagi - 6petang, di firma MIG Associates. Bagaimana pula dengan kawan-kawan yang lain ? Semoga esok baik-baik saja ya teman-teman semua. Kita harus buat yang terbaik ya untuk praktis ini. Harap-harap selama Iva berpraktikal nanti, semuanya berjalan dengan lancar. 
Semoga sukses ya semua ! Goodluck, guys !

Iva tak tahu bila pulak Iva akan post cerita baru. InsyaAllah kalau ada masa terluang, Iva cerita lagi okay. Keep in reading my pokpekpokpek's blog HAHA.

SORRY ENTRY KALI TAKDE GAMBAR.