Assalamualaikum. Welcome to my blog. I'm Iva, owner of this diary. There have some stories and hijab tutorials here. Thank you for visiting this blog. Follow my blog and keep on reading my stories. Thank you . . . . .

Tuesday 14 August 2012

Sembang Hebat

Entry ini tidak ada kaitan dengan sesiapa. Kalau ada yang sama, mungkin ianya kebetulan. 

Kenapa ye? Ada yang menganggap cinta itu tidak mengira usia, tidak mengira harta dan benda, tidak mengira rupa paras, dan dianggapnya cinta itu tulus kalau ianya datang dari hati dengan seikhlas dan setulusnya. Walaupun kata-kata itu kuat untuk menunjukkan yang insan itu adalah bagus dalam dunia cinta dan lebih mengenali erti kasih sayang dan setia, kenapa masih akan ada hati yang terluka pada akhirnya? 

Pasti korang semua confused apa yang Iva cuba sampaikan, kan? Let say, ada sesetengah orang yang tak boleh terima kalau boyfriend/girlfriendnya tidak contact, kenapa perlu menangis frust menonggeng macam bapak mati anak? Dan ada juga yang tidak kisah dan menganggap bahawa pasangan mereka mungkin busy dan tidak perlu untuk contact selalu. Takut takde topic nak borak lah katakan. 

Kalau diperhatikan sekarang ni, mungkin ada sesetengah perempuan yang berpendapat bahawa kalau memilih pasangan yang sudah bekerja atau lebih tua darinya, itu dapat menjamin masa depan dan lelaki itu lebih matang dalam segala hal. Tetapi janganlah sampai mengambil kesempatan ke atas lelaki itu minta itu dan ini. Jangan menampakkan diri anda sebagai seorang yang materialistik, sangat memalukan. Jagalah maruah sebagai perempuan, jangan sampai dipandang sebagai kaki kikis. Tetapi ada juga yang tidak kisah dengan faktor umur, pekerjaan, pelajaran, jarak jauh, yang penting cinta mereka tulus ikhlas dan suci. 

Nak dengar satu pepatah?
The one who gives advices about love is the one who are really stupid about love.
Means,
Orang yang memberikan nasihat tentang cinta adalah orang yang benar-benar bodoh tentang cinta.

Seriously pepatah ni betul sangat-sangat. Tak percaya? Tunggu kalau anda terima situasi ini. Dimana ada insan yang sangat fasih dalam soal cinta, dan selalu memberikan nasihat tentang cinta, dan akhirnya termakan dengan nasihatnya sendiri. Yeah, thats called stupid about love.

Bagaimana pula dengan topik poligami? Haha I hate it. Sebab apa? Sebab ramai yang mungkinnya salah tafsir dan kurang faham erti poligami. Why? Sebab Rasulullah tidak berkahwin dengan wanita lain sewaktu isterinya Siti Khadijah masih hidup, melainkan Siti Khadijah wafat. Sememangnya poligami adalah Sunnah Rasulullah, tetapi tak perlu nak menegakkan poligami itu sunnah kalau perkara yang wajib pun tidak ditunaikan. Dan takde perempuan yang suka akan poligami. Tiada siapa yang suka pasangannya di'share'. Jangan salah ertikan dengan poligami. Rasulullah tidak memadukan isterinya. 

Hm. Eh kalau anda perasan, describe lah macam mana pun sifat orang lelaki, dan akhirnya kita pasti akan cakap "Entahlah, tak faham aku." Lelaki sukar untuk difahami. Dapatlah perempuan bagus mana pun, kemudian lelaki cari lain, apa lagi yang mereka nak dan cari pun tak tahu. Lelaki sememangnya sukar untuk difahami.
Nak yang bertudung, pandai masak, pembersih, jaga badan, cantik, solat, pandai buat kerja rumah, boleh beri zuriat, itu ini semua cukup. Tapi tetap ada yang kahwin/cari lain. Apa yang lelaki mahukan sebenarnya?
*bukan semua lelaki macam ni taw* 
Kalaulah perempuan boleh kahwin 4, saya nak balas dendam terhadap kaum lelaki yang melukakan hati perempuan. Takde siapa suka pasangannya share dengan orang lain. Apabila kita dah cuba lakukan yang terbaik untuk orang yang disayangi dan akhirnya kita yang kecewa, umpama diri ini gagal, kan ? Hm.

Sebelum anda melukakan hati seorang perempuan, cuba fikirkan apa yang anda akan rasa jikalau ayah papa daddy abah anda lakukan yang sedemikian terhadap ibu mama mak mummy anda.

Sekian.

Monday 13 August 2012

Iklan Raya PKNS 2010.

Assalamualaikum.
Hye semua. Apa khabar? Sihat? Semoga semuanya sihat walafiat, taknak ada yang sakit-sakit ke, melecur sana sini sebab main mercun ke, tak mau macam tu eh? Sebab tak lama lagi seluruh umat Islam akan menyambut Syawal ! Yeayy kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri :D

Okay okay. Nampak tak tajuk post pada entry kali ni? Yes Iklan Raya PKNS 2010. Kenapa 2010 pulak? Sekarang kan dah 2012. Kenapa nak patah balik pada tahun 2010? Okay sebelum tu, Iva nak share sedikit tentang perasaan Iva bila tengok iklan raya Bernas tu. Jahatlah iklan tu, buat Iva menangis tau ! Tengok tak iklan raya tu? Kalau belum tengok, haa kat bawah ni Iva dah sediakan videonya.

Sebelum tu korang PAUSE kan dulu lagu blog Iva kat bahagian bawah sekali at the right side okay. Takut tak dengar suara kat video ni.


Kisahnya (copied) :
Two special children build a beautiful relationship based on genuine care and understanding. On the eve of Hari Raya, these orphans, Ahmad and Fizi embark on journey and encounter many challenges along the way. Through their perseverance and determination, they overcome all odds to fulfill their obligation of unconditional love.

Sedih, kan? Menangis tak? Kalau menangis, meh sep sikit dengan Iva. *pap!

Hm. Okay okay stop sedih medih semua tu. Sekarang Iva nak sambung balik pada tajuk entry kali ni. Iva nak share sikit pengalaman Iva apabila rumah Iva terpilih untuk buat shooting untuk Iklan Raya PKNS 2010. Yeahh 2 years ago ~ Btw, pada mulanya Iva sangat terkejut apabila ibu terima panggilan dari seseorang dan beritahu ibu untuk buat shooting dirumah kami. Rumah itu belum diduduki lagi, means Iva belum berpindah masuk lagi ke rumah tu, so rumah tu still kosong, but dah ada kabinet dapur dan grill dah dipasang. So diorang minta izin dulu boleh atau tidak untuk shooting dirumah kami, dan ibu memberi jawapan yang positif. Then..eh takkan Iva nak cerita itu ini kan. Haaa pastu tibanya hari nak shooting tu, Iva ada dekat site. Saja mengada menggedik nak tengok orang shooting kan. Hehe. Tapi seriously, memang bersepah gila kerja-kerja nak shoot-menge'shoot' ni. Dengan wayar lampu yang banyak, segala perabot barang perhiasan rumah semua diorang angkut. Dan kebanyakannya semua daripada Ikea. Takde 1 barang kami pun yang diorang guna. Diorang mula shooting dari awal pagi sampailah pukul 2.00pagi. Fuhh penat Iva tengok diorang berlakon sekali, dua kali, berbelas kali, ulang ulang sampai dapat scene yang best dan menepati citarasa director. Even Iva cuma tengok je dorang shooting, tapi best ! Hehe. Nak tengok ? Haaa ni video kat bawah ni.

LOKASI : PUNCAK BANGI
Video ni ada 2 lokasi, di Puncak Bangi dan lagi satu tu Iva tak ingat apa nama tempat kawasan kampung tu. Di Negeri Sembilan, mungkin. Tak ingat.

Pelakon lelaki tu kan kan, seriously handsome ohhh jumpa depan-depan. Hehe. Kembar girls dua orang tu pun comel. Time tu diorang darjah 4, sekarang ni diorang dah darjah 6 kalau tak silap. Kan? 
Okay actually, shooting ni diorang guna 2 buah rumah. Rumah Iva dan rumah sebelah. Rumah sebelah tu pun kosong belum ada orang duduk, tapi dah ada owner lah. Sebelah rumah Iva tu rumah corner lot. So pandangan yang atuk tu tengok tu adalah dari dalam rumah corner lot tu. Nampak kan rumah banglo besar-besar kat atas bukit yang atuk tu tengok tu? Itulah Bangi Golf Resort. Haaaa Mawi duduk area situlah ! *promote pulak cik minah ni*.
Okay rumah yang lagi satu yang pelakon lelaki ni hadiahkan untuk "parents" dia tulah rumah Iva yang dorang gunakan untuk shooting. Habis semua diorang conquer, dari sekecil-kecil hiasan sampai kebesar-besar perabot semua tu barang diorang. Langsir semua tu langsir diorang. Haihh. Eh btw, ibu sempat berbual dengan atuk tu dan pelakon handsome tu hehehe. Jealous I ~ Iva cuma berdiri sebelah ibu je dengar mereka berbual. Atuk dengan nenek tu speaking terror gila (Y) Tabiklah kat atuk dan nenek. Hehe. 

So, sekali tu jelah Iva berpeluang tengok semuanya secara LIVE. Rindu semua tu, best sangat ! Tapi kan, pssssttt sini dekat sikit nak bisik, director dia sombong gila ohhh. Okay dah habis bisik dah hehe.

Sorry lah kalau ada yang berpendapat apa-apa tapi niat Iva hanya untuk share pengalaman sekali seumur hidup ni, mungkin :)

Pastuuuu, Iva tak tahu nak cakap apa dah. Hehe bye.


Thursday 9 August 2012

Style Bawal 2 Layers

Waktu Iva semester 3, ramai kawan-kawan Iva yang pakai tudung bawal style 2 layers ni. Mesti ada diantara bebeh bebeh semua yang nak tahu tutorial ni. Okay bagi sesiapa yang belum tahu lagi, boleh ikut macam steps ni okay. 

Apapun, sediakan tudung bawal dan bentukkan segi tiga, DAN make sure lipatan bahagian dalam lebih lebih lebih pendek daripada bahagian luar, seperti gambar dibawah.


Kemudian,


1) Pakai tudung bawal macam biasa & buat sama panjang, kemudian pin kan dibawah dagu.(macam dalam gambar 1)
2) Angkat lipatan tudung belah luar dan letakkan di atas kepala. (macam dalam gambar 2 & 3)
3) Ambil bahagian kiri & pin kan to opposite side di atas bahu baju. (macam dalam gambar 4)
4) Kemudian ambil bahagian kanan & pin kan to opposite side di atas bahu baju. (macam dalam gambar 5)
5) Siap ! Inilah hasilnya. (macam dalam gambar 6)

Harap korang faham apa yang Iva terangkan okay. 
Kalau suka, boleh try gaya ni untuk Hari Raya yang bakal datang ni dan selamat bergaya ! :)



Wednesday 8 August 2012

Tudung Bawal with Inner


Okay first of all, ramai kawan-kawan yang minta Iva buat tutorial macam mana pakai tudung ni. Senang je, macam yang Dian Pelangi pakai tu. Tapi yang ni bagi nampak inner macam pakai Syria tu. Okay ikut je steps macam kat bawah ni.


1) Bentukkan bawal dengan bentuk segi tiga, macam biasa. Then letakkan diatas inner, buat sama panjang. (macam dalam gambar 1)
2) Kemudian, ambil tudung yang belah kanan/kiri bawakkan dan pin kan to opposite side tepi kepala tu. (ikut keselesaan masing-masing) (macam dalam gambar 2)
3) Then, lepas pin, yang selebihnya tu sorok-sorokkan je ke belakang :D (macam dalam gambar 3)
4) Lastly, yang belah panjang yang belum di pin kan lagi tu, bawakan to opposite side dan pin kan di bahu baju. (macam dalam gambar 4)

Then siappppp ! Faham ke Iva cerita tu ? Kalau tak faham Iva cerita, tengok gambar pun dah okay dah ^^
Okay selamat mencuba :)