Assalamualaikum. Welcome to my blog. I'm Iva, owner of this diary. There have some stories and hijab tutorials here. Thank you for visiting this blog. Follow my blog and keep on reading my stories. Thank you . . . . .

Monday 11 March 2013

Fitnah & Kebohongan, Dua Sifat Yang Dilarang oleh Islam



Soalan:

Adakah membuka aib seseorang dengan menyebut nama pembuatnya bagi tujuan pengajaran kepada anak murid diharuskan?

Azizi, Pasir Mas

Jawapan:

Membuka aib iaitu menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain agar mereka membenci atau memusuhinya. Sejak awal lagi membuka aib ini dapat digunakan seseorang untuk menjatuhkan lawannya. Didalam perbuatan ini lebih banyak berisikan kebohongan dan fitnah. Oleh kerana fitnah dan kebohongan merupakan dua sifat yang dilarang oleh Islam, maka membuka aib pun amat dilarang. Allah SWT berfirman maksudnya:

“Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina yang banyak mencela yang kian kemari menghaburkan fitnah”. (Al Qalam ayat 10 dan 11) Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim dijelaskan maksudnya: “Tidak akan masuk syurga orang yang membuka aib orang lain“.

Walaupun begitu di dalam Al Quran telah memberikan perbandingan dan gambaran yang jelas tentang keperibadian seseorang. Maka adalah lebih baik jika ingin membuat perbadingan tentang keperibadian seseorang yang buruk atau pun baik dengan merujuk ke dalam Al Quran. Jika ingin mengambil contoh tentang pemimpin yang zalim, maka Firaun adalah pemimpin tersebut. Jika ingin mengambil contoh tentang jutawan yang bakhil maka ceritakanlah tentang riwayat Qarun. Jika ingin mengambil contoh tentang orang yang suka menentang kebenaran maka ceritakanlah riwayat hidup Abu Lahab, Abu Jahal, Namrud dan lain banyak lagi yang lain.

Jadi hindarilah membuka aib orang lain dalam mengajarkan sesuatu yang mulia kepada murid. Tetapi gunakanlah pendekatan umum iaitu cukup dengan menceritakan keperibadian yang tercela tersebut tanpa menyebut nama orangnya. Melainkan jika nama-nama tersebut memang secara jelas disebutkan di dalam Al Quran tentang keburukan dan kederhakaannya maka dibolehkan menyebut keburukan dan keingkaran mereka.
 
Sama-sama kita share pengetahuan ini.  (copy&paste)

Saturday 9 March 2013

Love Her Opinion

 Assalamualaikum.

Dah lama tak update blog. So sekarang tengah ada line internet ni kan, daripada buka Twitter dan Facebook yang kadang-kala membosankan tu, Iva log in la blog yang tak berapa nak berhabuk ni.
Then, Iva scroll down reading list for all blogs yang Iva followed. Iva tertarik dengan blog salah seorang kawan Iva yang agak rapat kat social web ni. Nama dia Nina. The latest post by her, 3 days ago, Iva suka dengan pendapat dia, plus situasi dia pun lebih kurang macam situasi Iva je post tu.
Click SINI dan baca.

Tu je Iva nak cakap. Okay bye. Haha