Assalamualaikum. Welcome to my blog. I'm Iva, owner of this diary. There have some stories and hijab tutorials here. Thank you for visiting this blog. Follow my blog and keep on reading my stories. Thank you . . . . .

Monday, 30 January 2012

Konvo 2010

Assalamualaikum.
Malam-malam macam ni tiba-tiba ada cerita nak update kann. Haa sebab Iva saja belek-belek gambar kat FB Iva tu haa. Pastu terjumpa beberapa gambar yang bagi Iva rindu sangat waktu tu. Yelahh, peluang datang sekali je untuk bagi Iva merasa jadi dayang pada hari konvokesyen 2010 yang lalu. Hee nak taknak, terus terang Iva cakap, time tulahh first time Iva pakai baju ala-ala dayang gituu, sekalian dengan make-up plus pakai bulu mata palsu LOL rasa mata ni berat sangat macam mengantuk, but tu semua mula-mula je, lama-lama okay lahh. Sounds macam kelakar kan bila Iva cerita semua ni? Nak tengok? Hee


Haa amek kau besarrrr punya gambaq cheq :D
Ni rupa dayang ka pengantin ka cheq pun tak taww


Gambar kiri: Hana amanina
Gambar kana: Enda


Suasana di dalam dewan. Berarak keluar.
Kalau mata tu nampak, cuba lah cari yang mana satu Iva hehe

Selamat mencuba :D
Nunyteeeee :)


Sunday, 29 January 2012

Hangout!

Assalamualaikum.
Helloooooooo teheee dah lama tak update blog. Haa jenguk pun tak jugak. Ni baru lahh ada cerita yang nak dicerita. Hee semalam lepas lunch, balik rumah lepas tu tengok Ecah dan Bella tengah bersiap lawa-lawa comel-comel nak kemana pulak nihh? Haa pastu Iva pun macam, Hana jum ikut!! Haha pastu Iva dengan Hana pun bersiap and kat dalam kereta sambil cari parking di Hatten Square, Bella kata Mission hari ni kita cari lelaki handsome. Lupakan boyfriend masing-masing untuk hari ni. Haha bengongg Bella nihh. Aishh tak macam banyak pulak kann lelaki handsome kitorang usha lalalalala :D


Okay then kitorang pergi ke Dataran Pahlawan, 'yeahh tu je tempat yang ada kat Melaka yang seronok untuk hangout punn' haa pergi beli tiket wayang cerita SUMPAH KUM KUM haaa anjat gugirl tengok cerita tuhh. Menjerit sepuas hati LOLOL :D
Try lahh tengok movie tu, pastu nanti cuba bayangkan dia ketuk pintu, pastu Assalamualaikum.. kum.. kum.. Haa jangan tanya mengapeee :)


Sorry gambar tak boleh besar-besar ehh. Takutt :3
Gerakkan je cursor ke gambar tu nanti akan membesar sikit :)

Haa pastu menapak ke Mahkota Parade pulak. Exited masuk kedai buku MPH, dah pilih novel apa semua, at last, voucher lupa bawak!! Mak aihh buek ponet den joo

Then pergi kedai makan belakang Casa Del Rio haa cantik sangat tempat tu bila malam-malam :)
Lepak makan kat sana, ada karaoke. Hee tang karaoke tuhh cheq tak mau ceghita nohh :D

Then kitorang pergi jalan-jalan kat uptown Melaka tu, yang berdekatan dengan Taming Sari tu haa. Iva beli maxi dress corak leapord harga baju ti RM35 jeeeeee murah u olls :) Pastu Hana beli Sugar Glider sekali dengan sangkar dia. Nama Sugar Glider dia adalah Lilo :) Comelll sangat! 

The best ever hangout semalam! Bye <3


Thursday, 19 January 2012

Education

Assalamualaikum.
Hee entry malam ni, bukan-bukan. Pagi ni. Haha. Cuba korang tengok sekarang pukul berapa? Waktu Iva taip ni, tepat pukul 1.58pagi okay. Pagi ni, entry ni, kita focus kan pada gambar je okay. Hee. Acecuba try test tengok, ada perbezaan tak? Mana satu Iva? Kalau jumpa, Iva nak ucapkan terima kasih kerana mengenali rupa paras gigi rabbit ini huahaha

Gerakkan cursor pada gambar dan lihat gambar itu membesar :)


Ni waktu Iva umur 6 tahun di Tadika Taman Siswa Muda, UKM.
Cuba cari yang mana satu Iva hikhik


Ni waktu Iva darjah 6 di Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Baru Bangi.



Ni waktu Iva Form 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi.


Ni waktu Iva semester 1 di Politeknik Merlimau Melaka :)
My classmates.
-------------------------------------------------------------------

Itu sahaja entry pada kali ini.
The end. See ya :)



Sunday, 15 January 2012

HangOut

Assalamualaikum.

Entry hari ini ada gambar sahaja okay. Haa sebab semalam Iva ada hangout dengan housemates Iva, pergi karaokee haha. Selesaaa u olls, habis bilik karaoke tu dah macam disco dah kitorang buat. Yelahh release tention. Tapi sebelum pergi karaoke, haa tengok sini ada sikit jee gambar taw. Ni je yang sempatt hehe :)


Sorry yang gambar kat atas sekali tu macam kabur sikit, tapi still boleh nampak kan ^^v
Tak sempat nak ambil gambar dengan Hana dan Ika. Next time okay?
Yang atas, Ecah dan Ira.

Lepas karaoke, pergi drive-thru McDonalds dekat sebelah Dataran Pahlawan tu. Haaa tengah line-up untuk order, nampak pulak kawan-kawan Iva a.k.a ex-housemates Iva iaitu MiraDira dan Seha kat McD tu. Dorang tengah makan. Kitorang drive-thru jee makan kat rumahh :D Hahaa kebetulann. Anjatt gugirl tetibaa bertembung dengan korang kann hee. Anyway, I miss them :)

Ni je entry kali ni okay. Bubyeee.



Saturday, 14 January 2012

Tudung Bawal

Assalamualaikum.
Good evening semua. Apa khabar? Lunch ape je tadi? Hee kalau Iva tadi lunch Maggi jewwp dengan roti bakar. Tak pergi mana-mana ke hari ni? Hari sabtu macam ni, lagi kalau esok hari ahad kan, haaa memang time orang semua pergi jalan-jalan shopping makan angin, cari makan. Okay lah cukup lah sampai situ je.

Entry pada kali ini Iva nak bercerita tentang tudung bawal.
Ada sesetengah orang berpendapat bahawa pakai tudung bawal itu lebih kelihatan manis dan ayu. Dan ada sesetengahnya pula lebih memilih untuk memakai shawl berbanding tudung bawal. Tak kisah lah apa pun pendapat dan pandangan korang, setiap orang ada citarasa masing-masing kan? :)

Kalau tudung bawal, kebiasaannya ia berbentuk segi empat sama atau square, manakala shawl pula berbentuk segi empat tepat dan panjang. Am I right? Kebanyakan lelaki lebih selesa tengok perempuan bertudung bawal berbanding ber'pashmina' atau shawl yang melilit-lilit tu. Sebab apa? Mungkin bagi orang lelaki, yang ringkas itu lebih cantik dari yang over kan. Tapi ada sesetengah lelaki yang suka kalau perempuan itu over sikit pun takpe asalkan nampak stylish and unique sedikit hehe :D

Nowdays, kita boleh lihat kebanyakan perempuan, lebih-lebih lagi pelajar, tak kira pelajar sekolah ataupun IPT, mostly semuanya lebih prefer pakai pashmina/shawl berbanding tudung bawal. Bak kata remaja sekarang, 'Ni style la u olls..' Yeahh. Style. Termasuk Iva, lebih memilih shawl berbanding tudung bawal. Dulu memang rajin bab nak melilit-lilit tudung ni, sanggup tu hari-hari mengadap youtube tengok tutorial hijab hehe :) Pergi class pun pakai shawl, tapi sekarang dah malas dah. Pergi class pun pakai tudung bawal je. Pin kat bawah leher, dan pin kan bentuk X di bahu. Haa kepada lelaki, kalau tak faham apa Iva cakap, takpe. Yang perempuan mesti faham kan ;) 

Kalau dulu, cara pakai tudung bawal, biasa saje. Sama ada nak pin kan bentuk X, atau nak lilit pin kan kat atas kepala, atau pakai macam tu je simpang terus ke bahu, ataupun pin kan terus kedua-duanya ke belakang macam dalam gambar kat bawah ni :p


Iva suruh tengok cara pakai tudung tu okay, abaikan muka Iva yang macam orang tak bersalah tu haha. Haa macam gambar kat atas ni, Iva pin kan kedua-duanya terus kebelakang. Iva lebih selesa macam tu, sometimes. Ni pun sebenarnya tengah takde mood nak lilit-lilit so Iva pakai jelah tudung bawal ni. Selesa sikit kot :) Dan sekarang, eh, takdelah sekarang, dah lama jugak lah. Lama sikit. Hehe haa kebanyakannya dah active balik dah pakai tudung bawal. Tapi bukan macam gambar kat atas ni, cara pemakaiannya berbeza sedikit. Dan ianya adalah style Dian Pelangi iaitu seorang fashion designer dari Jakarta, Indonesia.
Iva juga adalah salah seorang yang meminati style dan trend Dian Pelangi tu.


Haa okay tak okay tak? Hehe. Yang gambar atas pakai baju biru tu, time Iva dalam class. Ha dulu memang rajin sampai pergi class pun dressup macam tu, tapi sekarang malas dah lah. Pergi kuliah pakai biasa-biasa jee. Sempoii je bolehh kann :D Yang gambar bawah pakai baju baby yellow tu, time Hari Raya Haji.
Banyak perubahan yang berlaku tak kira dalam cara berpakaian, perangai, dan apapun. Kalau sebelum ni, style Hana Tajima sangat menjadi topic dan gaya terhangat pada tahun 2011 yang lalu. Dan sampai sekarang gayanya masih menjadi kegilaan remaja/pelajar pada masa kini.

Okaylah. Sampai sini sahaja entry pada hari ni. Maaf entry ni takde maksud apa-apa, sekadar mahu kongsi cerita berkenaan tudung/hijab. Bukan Iva sahaja yang suka gaya-gaya tudung ni, sama juga seperti gadis-gadis dan kawan-kawan Iva yang lain yang bertudung ni ^^
Byeee gorgeous <3

Friday, 13 January 2012

Capture??

Assalamualaikum.
Helloooo. Hee dah lama sangat tak update blog. Sebab takde cerita. Rutin harian macam biasa lahh pergi class, balik class, makan, buat nota, bla bla blaa.. Tapi hari ni ada cerita yang macam funny sikit and macam err sikit.
Okay pagi tadi macam biasa lahh bangun awal, kena mandi awal. Kalau tak nanti haa menunggu lah giliran mandi. Yelahh kat rumah sewa ni ada 15 orang. 5 orang duduk bawah, lagi 10 orang duk tingkat atas. Haa bilik air kat atas ada 2 jee. So kena lahh pandai-pandai set masa nak bangun awal ke lambat ke nak mandi dulu ke ape ke kann. Tapi hari ni class Bella cancel, tapi jap lagi dorang ada rombongan kelas pergi ke Kelantan. Ecah punya class memang takde dalam jadual hari jumaat. So Iva, Hana dan Ika je yang pergi class pagi ni. Okay.
Sampai je poli pagi tadi, tunggu punya tunggu apesal laaa macam takde jee budak-budak class ni. Rupa-rupanya class cancel. Dah pulakk Iva kena tunggu class pukul 10 pulakk. Nak balik, macam malas je nak menapak. So Iva pun pergilahh kantin, breakfast. Hehee lapooo :D
Pastuu dah beli makanan semua, Iva pun duduk lahh makan. Iva sorang je, sebab kawan lain semua ada class. Takpelah tak kisah pun. Pagi-pagi pukul 8 macam tu memang tak ramai orang, sebab waktu macam tu biasanyaa semua tengah ada class. Tak lamaa tu, ada lahh sekumpulan pelajar lelaki ni, sem berapa pun Iva tak sure, dorang tengok-tengok Iva. Iva pun macam 'Eh ada yang tak kena ke dengan aku ni?'.
Tapi Iva buat dek jelahh. Iva buat tak tahu jee sambil makan nasi ayam dengan minum teh O ais. Sambil makan tu, Iva pun pandang lahh orang yang tengah berjalan, berbual, yang baru nak datang breakfast, then Iva ternampak seseorangg heee. Selama ni tegur-tegur dalam FB je, sekali haa jumpa jugak Nur Azirah Jefry hee :D Tapi nampak dari jauh jelahh, dia senyum pada Iva dan Iva pun senyum balik :))
Pastuu, haa sebelum tu, Iva nak bagi tahu, ni bukan perasan ke cari publisiti ke ape eh, ni kisah benar. Hee :D Okay Iva macam ternampak sesuatu yang seperti Iva kenal benda alah tu. Yeahh sememangnyaa. Nak tahu ape? HANDPHONE!! Yeahh salah seorang dari sekumpulan lelaki tadi boleh amek gambar Iva dan ohh pandai betul dia cover handphone tu ingat Iva tak nampak ke haa? Iva pun macam 'Alamakk dah kenapaa dorang ni.. Nak makan pun tak senang betul lahh.' Iva pun buat donno jelahh. Yelahh Iva tengah makan, takkan nak angkut pinggan makan kat meja lain kot? Pastu Iva pun macam, err kena makan cepat-cepat ni. Nasi banyak lagi ni. Jangan berlengah lagi. Makan makan makan makan yeahh. 
Pastu time Iva tengah makan tu, haa sorang-sorang konon-konon lalu sebelah Iva. Iva buat tak tahu jee pandang je pinggan dan nasi tu mengunyah secepat mungkin haha. Salah sorang dari dorang datang kat Iva, tetiba tanya 'Eh Sharifah mana? Sharifah?' Iva pandang dia, buat muka pelik. Pastu Iva sambung makan balik, dia pun pergi dari meja Iva. Dalam hati Iva, 'Bila masa plak aku ada kawan nama Sharifah? Kat poli ni takde pulak lahh member aku nama Sharifah.' Iva sambung makan balik, dah habis makan terus pergi library haha. Boringg tak tahu nak buat apa dari pukul 8am-10am. Sementara nak tunggu class pukul 10am tu, Iva pun pergi lah lepak library. Haa pastu class dan rutin harian berjalan seperti biasa. Kecuali breakfast pagi tadi je yang luar biasa sikit uhukuhukuhuk :p

Okay lahh terima kasih baca cerita bodoh Iva satu hari ni hehe. Nanti Iva tulis-tulis lagi hoo bubyeee :D


Monday, 9 January 2012

Today Sunday

Assalamualaikum.
Hyee semua kawan-kawan. Ape khabar? Sihat? Macam mana hari ni? Semuanya okay? Hee.
Okay hari ni Iva nak cerita berkenaan satu hari ni yang banyak perkara berlaku. Bunyi macam misteri? Iye kee? Cheng cheng chenggg. Haaa okay meh sini nak cerita.
Around pukul 9pagi tadi, Hana macam kelam kabut bersiap. Time tu Iva dengan Ika still tidur but Iva macam separuh sedar sikit lah dengan gerak-geri Hana yang macam orang terlewat pergi class kan. Iva pun lupe nak tanya dia nak pergi mana pagi-pagi ni. Tengah mamai then tertidur balik, tak lama tu Hana message, Ak g jmp doc. Gtw ika k. Tc dok uma. Ohh rupenya dia pergi hospital. Ingatkan dia pergi rumah kawan dia buat assignment ke kan. Oh lupa, Hana jenis takkan ganggu orang tidur. Sebab tu apa-apa hal dia diam je tak kacau orang. Okay takpelah. Then pukul 12.10pm pastu. Hana message lagi, Iva. Ak msok wad tw. Ta tw bp hri msk. Jpg ma ak dtg amek bju k? Kuakan tshirt. Tq. Ohh okayy pastu Iva pun ameklah baju Hana around 6 helai camtu pastu tak lama tu mama Hana datang amek baju Hana untuk bawa gi hospital. Then bla bla blaa. Settled.
Tak lama kemudian, tengah lepak-lepak dalam bilik, dengar bunyi doorbell. Tingting. Tengok-tengok, haaa kakak senior datang untuk masukkan barang dalam rumah. Oh pendatang baru dalam rumah kami. Kami semua ada 10 orang, so masuk lagi 5 orang, jadilah 15 orang satu rumah. So murah sikit sewa rumah hewhew :) Pastu petang tu, Bella dangan Ecah balik dari JB. Ohh dorang balik, kitorang berlima je yang tak balik.
Bila Bella dengan Ecah dah sampai, tak lama tu kitorang pun pergi ke Mahkota Medical Centre untuk melawat Hana. Parking kereta kat hospital untuk 2 jam pertama RM4.00. Mahal u olls -.- haha
Takpelah. Then kami pun naik bilik wad Hana, muka kamuu sangat pucattt. Hana berkemungkinan kena virus tikus, so dia kena tahan wad hoho. Plus dia pun macam demam, tak berapa sihat akhir-akhir ni. Nak tengok Hana? Haaaa tengok kat bawah ni.


Sakit-sakit pun boleh buat memek muka lagi yee bila kitorang amek gambar dia hehe.
Get well soon Hana :)
Jangan nangis tido sorang okayy :))
Ni FB Hana ---> Hana Amanina

Hee so malam ni Iva tidur berdua je dengan Ika kat bilik :( 
Yeahh kitorang roomates a.k.a housemates.

Esok class pukul 8pagi. Sekarang Iva nak balun makan nasi goreng pataya yang Iva beli bungkus tadi harhar. Padahal sebelum tu dah makan Char Kuew Tiaw kat Restoran Hang Tuah. Iva kuat makan? Memeyy ahh. Hehe. Tapi badan tak naik-naik pun adoii.

Okay lahh. Nak supper jap hehe. Baju tak iron lagi ni. Esok pagi jelahh haha.
Byee dear semua. Next story pulak okay. Dadaaa :)


Saturday, 7 January 2012

Blog

Assalamualaikum.
Hye semuaaa :) Hm hari ni hari sabtu, sangat boring tak tahu nak buat apa.
Hari Isnin ni ada subjek AKPK. Hari selasa pulak Iva kena ready balik dengan jadual yang pack dr pukul 8pagi sampai 6ptg hehe. Korang buat apa je minggu ni? Masing-masing dapat duit PT apa lagi bershopping lah korang kann. Tapi jangan boros sangat okay :)
Ohh sebelum terlupa, hee dulu Iva rajin lahh nak meng'edit' blog ni. Tapi sekarang dah malas plus busy dengan class semua kan. Okay. Iva baru perasan yang shoutmix dah tak boleh guna, so Iva tukar guna Cbox. Korang nak tahu apa? Haa korang nampak tak kat sebelah kanan ada 4 boxes tu? Haa korang click box Crown 3 tu. 
Pastu korang akan nampak chat box colour classic red @ pink tu hehe. Haa tu lahh Cbox tu. Okay. Kalau korang ada apa-apa comment ke, atau apa-apalah korang nak cakap pada Iva, sent je kat Cbox tu taw. Tapi ingat, NO RUDE WORDS okay :) Thanks.
Sebelum tu, ada 3 boxes kat bawah tu kan? Haa masukkan nama, email, and sent message korang okay :) Thankss sebab sudi dengar Iva cakap-cakap pasal ni. Just nak bagi tahu :)

Iva ingat nak tukar template hehe. Patut tak? Sebab Iva macam bosan je dengan template Iva ni hehe. Tapi macam malas nak tukar template. Acanee tuh? Hee takpelah. Btw, bagi sesiapa yang ada blog, follow lah blog Miss Iva ni okay. Button FOLLOW ada pada box Crown 1. Thankyouu.

Hari ni saya bosan dan menggila bersama (click pada nama mereka tu untuk FB dorang) Hana dan Ikha macam kat dalam gambar bawah ni. 


 Feeling enn kitorang nyanyi.. Haa camni lahh keadaan kitorang sebagai roomates a.k.a housemates.

Okaylahh. Sampai sini jelah kita talk-talk okay. Byebyee semua.
Older post ada kat box Crown 2 hehe. #menyempat lagi tu



Tuesday, 3 January 2012

New Year - 2012

Assalamualaikum.
Hello friends. Hello everyone. Hello.
Thanks coz masih setia baca blog Iva. Ceewahhh. So, kamu semua sihat?
InsyaAllah mudah-mudahan semuanya baik-baik aja ya seperti saya disini juga okay.
Oh sebelum terlupa, Happy New Year!!! Yeay dah 2012. Yeee umur saya akan mencecah angka 20 pada 8 September ni hee peace ^^v
Goodbye 2011, jangan kembali padaku lagi. Atototototoo :)
Hopefully tahun baru ni lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Azam baru? Sebelum tahun baru lagi Iva dah ada azam baru taww. Takkan nak tunggu tahun baru, baru nak ada azam baru kann. Tak mahulah macamtu okay? :) 
Bak kata housemate Iva, umur dah 20 tak boleh nak huhahuha lagi hehe :$
Hm hari ni Iva rasa penat sangat. Mungkin bagi korang, alaa biasa lahh nama pun belajar kann. Yeah Iva tahu tu, mungkin Iva macam shock sikit kot sebab dari Sem 1 - Sem 3 ni, first time ni Iva dapat schedule yang straight dari pukul 8am sampai 6pm non-stop takde gap pun k. Urgh sakit sangat pinggang 10 jam duduk je.
Sorry bukan mengada ke apa, tapi ni first time kena macam ni, nasib baik hari Selasa je jadual pack. Fuhh..
Takpelah. Lama-lama nanti dah biasa okay lahh nanti kann :)
Okay lahh Iva dah takde apa nak cerita sangat. Iva nak rehat lebih sikit malam ni sebab esok class Iva pukul 2pm hehe. Nanti Iva story-story lagi k.

Oh sebelum tu, esok (4 Januari) birthday adik Iva, Eizzafri Irawan.
Happy Birthday yang ke-16 yee, Izzy.
Promote adik sikit, Eizzafri Irawan CLICK SINI -------> FB , TwitterBlog

Bye. Nuniteee semuaa :)