Assalamualaikum. Welcome to my blog. I'm Iva, owner of this diary. There have some stories and hijab tutorials here. Thank you for visiting this blog. Follow my blog and keep on reading my stories. Thank you . . . . .

Saturday, 14 January 2012

Tudung Bawal

Assalamualaikum.
Good evening semua. Apa khabar? Lunch ape je tadi? Hee kalau Iva tadi lunch Maggi jewwp dengan roti bakar. Tak pergi mana-mana ke hari ni? Hari sabtu macam ni, lagi kalau esok hari ahad kan, haaa memang time orang semua pergi jalan-jalan shopping makan angin, cari makan. Okay lah cukup lah sampai situ je.

Entry pada kali ini Iva nak bercerita tentang tudung bawal.
Ada sesetengah orang berpendapat bahawa pakai tudung bawal itu lebih kelihatan manis dan ayu. Dan ada sesetengahnya pula lebih memilih untuk memakai shawl berbanding tudung bawal. Tak kisah lah apa pun pendapat dan pandangan korang, setiap orang ada citarasa masing-masing kan? :)

Kalau tudung bawal, kebiasaannya ia berbentuk segi empat sama atau square, manakala shawl pula berbentuk segi empat tepat dan panjang. Am I right? Kebanyakan lelaki lebih selesa tengok perempuan bertudung bawal berbanding ber'pashmina' atau shawl yang melilit-lilit tu. Sebab apa? Mungkin bagi orang lelaki, yang ringkas itu lebih cantik dari yang over kan. Tapi ada sesetengah lelaki yang suka kalau perempuan itu over sikit pun takpe asalkan nampak stylish and unique sedikit hehe :D

Nowdays, kita boleh lihat kebanyakan perempuan, lebih-lebih lagi pelajar, tak kira pelajar sekolah ataupun IPT, mostly semuanya lebih prefer pakai pashmina/shawl berbanding tudung bawal. Bak kata remaja sekarang, 'Ni style la u olls..' Yeahh. Style. Termasuk Iva, lebih memilih shawl berbanding tudung bawal. Dulu memang rajin bab nak melilit-lilit tudung ni, sanggup tu hari-hari mengadap youtube tengok tutorial hijab hehe :) Pergi class pun pakai shawl, tapi sekarang dah malas dah. Pergi class pun pakai tudung bawal je. Pin kat bawah leher, dan pin kan bentuk X di bahu. Haa kepada lelaki, kalau tak faham apa Iva cakap, takpe. Yang perempuan mesti faham kan ;) 

Kalau dulu, cara pakai tudung bawal, biasa saje. Sama ada nak pin kan bentuk X, atau nak lilit pin kan kat atas kepala, atau pakai macam tu je simpang terus ke bahu, ataupun pin kan terus kedua-duanya ke belakang macam dalam gambar kat bawah ni :p


Iva suruh tengok cara pakai tudung tu okay, abaikan muka Iva yang macam orang tak bersalah tu haha. Haa macam gambar kat atas ni, Iva pin kan kedua-duanya terus kebelakang. Iva lebih selesa macam tu, sometimes. Ni pun sebenarnya tengah takde mood nak lilit-lilit so Iva pakai jelah tudung bawal ni. Selesa sikit kot :) Dan sekarang, eh, takdelah sekarang, dah lama jugak lah. Lama sikit. Hehe haa kebanyakannya dah active balik dah pakai tudung bawal. Tapi bukan macam gambar kat atas ni, cara pemakaiannya berbeza sedikit. Dan ianya adalah style Dian Pelangi iaitu seorang fashion designer dari Jakarta, Indonesia.
Iva juga adalah salah seorang yang meminati style dan trend Dian Pelangi tu.


Haa okay tak okay tak? Hehe. Yang gambar atas pakai baju biru tu, time Iva dalam class. Ha dulu memang rajin sampai pergi class pun dressup macam tu, tapi sekarang malas dah lah. Pergi kuliah pakai biasa-biasa jee. Sempoii je bolehh kann :D Yang gambar bawah pakai baju baby yellow tu, time Hari Raya Haji.
Banyak perubahan yang berlaku tak kira dalam cara berpakaian, perangai, dan apapun. Kalau sebelum ni, style Hana Tajima sangat menjadi topic dan gaya terhangat pada tahun 2011 yang lalu. Dan sampai sekarang gayanya masih menjadi kegilaan remaja/pelajar pada masa kini.

Okaylah. Sampai sini sahaja entry pada hari ni. Maaf entry ni takde maksud apa-apa, sekadar mahu kongsi cerita berkenaan tudung/hijab. Bukan Iva sahaja yang suka gaya-gaya tudung ni, sama juga seperti gadis-gadis dan kawan-kawan Iva yang lain yang bertudung ni ^^
Byeee gorgeous <3

No comments: