Fitnah & Kebohongan, Dua Sifat Yang Dilarang oleh Islam
Soalan:
Adakah membuka aib seseorang dengan menyebut nama pembuatnya bagi tujuan pengajaran kepada anak murid diharuskan?
Azizi, Pasir Mas
Jawapan:
Membuka aib iaitu menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain
agar mereka membenci atau memusuhinya. Sejak awal lagi membuka aib ini
dapat digunakan seseorang untuk menjatuhkan lawannya. Didalam perbuatan
ini lebih banyak berisikan kebohongan dan fitnah. Oleh kerana fitnah dan
kebohongan merupakan dua sifat yang dilarang oleh Islam, maka membuka
aib pun amat dilarang. Allah SWT berfirman maksudnya:
“Dan
janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina yang
banyak mencela yang kian kemari menghaburkan fitnah”. (Al Qalam ayat 10
dan 11) Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim
dijelaskan maksudnya: “Tidak akan masuk syurga orang yang membuka aib
orang lain“.
Walaupun begitu di dalam Al Quran telah memberikan
perbandingan dan gambaran yang jelas tentang keperibadian seseorang.
Maka adalah lebih baik jika ingin membuat perbadingan tentang
keperibadian seseorang yang buruk atau pun baik dengan merujuk ke dalam
Al Quran. Jika ingin mengambil contoh tentang pemimpin yang zalim, maka
Firaun adalah pemimpin tersebut. Jika ingin mengambil contoh tentang
jutawan yang bakhil maka ceritakanlah tentang riwayat Qarun. Jika ingin
mengambil contoh tentang orang yang suka menentang kebenaran maka
ceritakanlah riwayat hidup Abu Lahab, Abu Jahal, Namrud dan lain banyak
lagi yang lain.
Jadi hindarilah membuka aib orang lain dalam
mengajarkan sesuatu yang mulia kepada murid. Tetapi gunakanlah
pendekatan umum iaitu cukup dengan menceritakan keperibadian yang
tercela tersebut tanpa menyebut nama orangnya. Melainkan jika nama-nama
tersebut memang secara jelas disebutkan di dalam Al Quran tentang
keburukan dan kederhakaannya maka dibolehkan menyebut keburukan dan
keingkaran mereka.
Sama-sama kita share pengetahuan ini. (copy&paste)
No comments:
Post a Comment