Assalamualaikum. Welcome to my blog. I'm Iva, owner of this diary. There have some stories and hijab tutorials here. Thank you for visiting this blog. Follow my blog and keep on reading my stories. Thank you . . . . .

Saturday 13 October 2012

MyKad



89 01 2345678 9

89 = Tahun 1989
01 = Januari
23 = Haribulan : 23
45 = Negeri : Terengganu 
678 = Nombor rawak
9 = Jantina : Lelaki


Sejak 1990, setiap warganegara Malaysia diberikan satu set nombor 12-digit yang unik dalam format TTBBHH-NN-###J sebagai nombor kad pengenalan. 
Kumpulan digit pertama (TTBBHH) merupakan tarikh lahir pemilik KP.
Kumpulan kedua (NN) pula merupakan kod negeri lahir, iaitu 01-13 untuk negeri-negeri, 14-16 untuk Wilayah Persekutuan dan kod 71 jika lahir di luar Malaysia. 
Bagi anggota polis, kod yang digunakan ialah 88 manakala untuk anggota tentera, kod yang digunakan ialah 99.
Namun begitu, apabila seseorang anggota polis atau tentera menamatkan perkhidmatan mereka, nombor kad pengenalan mereka akan ditukar kepada kod nombor asal tempat kelahiran mereka.
Kumpulan nombor terakhir (###J) merupakan nombor siri yang dijana secara rawak oleh sistem komputer Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.

KOD NEGERI
01, 21, 22, 23, 24 Johor
02, 25, 26, 27 Kedah
03, 28, 29 Kelantan
04, 30 Melaka
05, 31, 59 Negeri Sembilan
06, 32, 33 Pahang
07, 34, 35 Pulau Pinang
08, 37, 38, 39 Perak
09, 40 Perlis
10, 41, 42, 43, 44 Selangor
11, 45, 46 Terengganu
12, 47, 48, 49 Sabah
13, 50, 51, 52, 53 Sarawak
14, 54, 55, 56, 57 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
15, 58 Wilayah Persekutuan Labuan
16 Wilayah Persekutuan Putrajaya
88 Polis 
99 Tentera
Sumber: Nombor Kod Negeri Kelahiran Dalam Kad Pengenalan Malaysia  


Untuk membezakan di antara pemegang MyKad lelaki dan perempuan, nombor berakhir dalam siri nombor kada pengenalan telah di sesuaikan mengikut jantina pemegang di mana sekiranya pemegang MyKad mempunyai siri nombor berangkap genap, jantina pemegang adalah WANITA. Manakala jika pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka ganjil, jantina pemegang adalah LELAKI