Assalamualaikum. Welcome to my blog. I'm Iva, owner of this diary. There have some stories and hijab tutorials here. Thank you for visiting this blog. Follow my blog and keep on reading my stories. Thank you . . . . .

Wednesday 28 December 2011

Today

Assalamualaikum.
Hey semuaaa. Hee dah lama tak update blog. Dekat beberapa hari jugaklah tak update. 
#takkan nak update hari-hari kannn

Hee rinduu kat blog nihh. Dengar tak ada lagu comel-comel kat blog Iva ni? Macam lagu Tom & Jerry tak?
Hee macam je kayy. Bukan lagu Tom & Jerry punn. Bilaa dengar je rasa macam nak menari-nari hewhew
Okay Iva, kau dah boleh berhenti merepek dah.

Hee minggu ni minggu pertama class start. So far, everything is okay. 
Housemates Iva pulak, ohh sorang-sorang macam mintak daftar masuk Tanjung Rambutan jee hewhew :) Peace korang, jangan marah aku okayy. Iva dan Ikha adalah pendatang baru dalam rumah ni. Ikha? Oh dia roomate Hana time semester 1 kat kamsis dulu. Apee?? Ohh kamsis tu asrama. Kalau kat politeknik, tak panggil asrama, tapi kamsis :)
So mula-mula macam ada bunyi cengkerik sikit lahh, lama-lama tu dah macam zoo dah rumah ni.
Hari ni, ada cerita. Hari pertama masuk class agama, ustaz masuk je terus macam :

Ustaz : Eh awak rahimah kan?
Iva : Huh? (tercengang)
Ustaz : Yee awak lah yang pakai tudung kuning. (oh aku rupenyaa.)
Iva : Eh tak lah. (geleng kepala, senyum segan bila semua pandang aku)
Ustaz : Oh yeke? Awak ada tak kakak ke nama Rahimah?
Iva : (geleng kepala)
Ustaz : Oh saya ingat awak yang student saya sorang tu nama Rahimah, muka sama. Ingat kan repeat.
Iva : (senyum) dalam hati, err -__-

Kebetulan nama ibu Iva pun Rahimah hehe :) Haa tengok gambar kat bawah ni,


Haa ini lah ibu Iva, Rahimah bt. Yaacob :)

Emm so New Year ni korang semua celebrate kat mana? Ohh Iva tak balik Bangi sebab last week dah balik sana. So minggu ni Iva stay Merlimau saje dengan housemates Iva. Dorang pun tak balik. So kami celebrate disini sajeeee hewhew

Okay lahh semua, nothing to talk anymore. See ya ;)


Sunday 25 December 2011

I'm Back

Assalamualaikum.
Hyee everyone. Yeahh now Iva kat rumah. Balik Bangi cuti Christmas. Yee memang dah lama tak update blog, bukan itu je, dah lama tak online Twitter dan Facebook sebab tinggalkan broadband kat rumah. Dah tak boleh bawak broadband dah kena concentrate on study je.
Balik Merlimau hari khamis hari tu sebab esoknya (Jumaat) kena lapor diri. Then esoknya tu Iva pun pergilah poli untuk lapor diri semua tu. Tetiba PA kata yang "Hari ni saya nak jumpa sekejap je nak settlekan student yang ada repeat. Yang lain tu kita bincang balik hari Selasa nanti." What the..... -____- Kalau tahu macam ni baik buat perjumpaan hari Selasa je teruss. At least boleh lagi sambung cuti sampai Isnin terus kann.
Haishh oh ape itu PA? Oh PA tu Pensyarah Akademik. Macam Guru kelas lahh camtuu hewhew
So balik dari lapor diri tu niat memang baik punya nak kemas rumah lahh ape semua, tapi bila dah semua berkumpul dan bergossip hah memang satu keje ape tak jalan haha.
Dapat lah kemas sikit-sikit dulu kann biar nampak kemas :) So balik nanti baru sambung kemas lagi. Hee
Emm semalam pukul 7pagi dah keluar rumah dah bertolak nak balik Bangi. Cuti sampai hari Isnin kan, so baik balik je. Hm pastu sampai je Bangi, ibu fetch kat KTM kat UKM tu terus balik rumah lah, pastu ibu suruh bersiap nak pergi kenduri kat Shah Alam. Lepas pergi kenduri, pastu pergi Mines jap. Jalan-jalan je, boring kann.. Pastu dah makan shopping ape semua tu balik rumah terus tidur. Ugh memang penat gila.
Bangun pagi tadi macam biasalah breakfast semua tu, pastu bersiap pergi lunch Kenny Roger's Roaster  :D
Ohh selesaaaa perutt denn :DDD Ekau ado? hewhew
Hmm penuh dengan makan je, asal balik rumah je, haa makan jelahh aktivitinya.
Esok dah balik Merlimau ohh sooo malass okay nak balik sanaaaa -__- Ingat nak suruh ayah hantar balik sana, tapi ayah suruh balik sendiri naik bus jewwpp ohh okay ayah. Hm sekarang Iva tengah melayan adik Iva menggila cakap sensorang pastu dia gelak sensorangg :3
Perangai macam mintak hantar kat Tanjung Rambutan, tapi PMR dapat 7A haishh tak paham aku.
Mehh la den promote sikit blog dia, CLICK SINI -------> Izzy

Hee okay sampai sini jelah Iva story morry untuk beberapa hari lalu okayy. See ya :)
Kepada sesiapa yang menyambut Christmas hari ni, Merry Christmas and wish you a happy new year :)



Tuesday 20 December 2011

Beginning

Assalamualaikum.
Oh hello hello semua. Haihh sekejap je cuti semester berlalu. Nak habis cuti dah kan? Hm.
Hari jumaat ni dah kena ada kat Merlimau, lapor diri untuk semester 3. Satu apa tak packing lagi nih. Hari khamis lahh baru bertolak balik sana. Tunggu lepas adik Iva dapat result PMR, baru bertolak. 
Ohh yeee ha'aah saya baru nak masuk semester 3 hehe
Lambat kann? Memang lahh lambat, sebab hari tu Iva dapat kemasukan yang 2nd intake punyee.
Hm memang tak ready sangat-sangat nak balik sana okayy. Tak tahulahh kenapa.
Okay Iva ada azam baru. Apa dia? Haishh adalahh :)
Tak payah tunggu New Year semua tu, Iva dah set azam baru mulai sekarang ni. Detik ini. Eh, mulai naik sem 3 nantilah hehe. Yee kali ni Iva serius. Nampak tak Iva serius sekarang ni..? Hm.
Em, naik sem ni, Iva pindah rumah sewa, duduk dengan Hana dan kawan-kawan yang lain yang ada kat dalam rumah tu. Senang sikit, at least Iva ada classmate kat dalam rumah tu, boleh belajar sama. Dan ada juga sebab lain yang sewaktu dengannye lahh okayy :)
Kepada Mira, Dira, Seha, Mawar, dan Yana, Iva takkan lupa korang jugak okay.
Gonna miss you all sesangat. Especially Mira, jangan nakal-nakal okay ;)
Begitu juga dengan yang lain-lain tu :) Apa yang jadi dulu, jangan jadi lagi kali ni seperti sebelum ni.
Korang jangan lupe aku taw taw ^^
Disebabkan lagi sehari dua je Iva kat rumah ni, haa semua bende ibu nak masak. Haishh pocah la perut den ni haa. Sumo nak disumbat aih. Hari tu masak speghetti bolognese, pastu ni buat laksa johor pulak. Tu pun ibu sibuk nak buat lasagna plakk aishh tak tahulahh.
Hm takpelah. Duduk rumah ni pun badan aku dah naik 2 kg lebih dah. Tunggulah next Iva balik cuti minggu pulak eh ibu? :) Okee lah. Dah tak tahu nak cakap apa. Nanti Iva tulis-tulis lagi.
Dadaa semuaa.

Thanks sebab sudi baca blog Iva hewhew ^^v


Sunday 18 December 2011

Information

Assalamualaikum semua.
Sebelum tu Iva nak bagi tahu, kali ni bukan sebab Iva nak niat apa-apa okay. Sebelum korang semua pikir lain terhadap Iva, better Iva bagi tahu kan kenapa Iva bagi pasal information ni. Ada sedikit confused pada blog Iva ni. So Iva bagi lah tahu korang semua okay :)
Sorry lahh sebaabbb... tukar template blog, sebab Iva rasa background yang sebelum ni macam serabut, sakit kepala plak Iva tengok blog Iva sendiri hehe
So ada yang nak follow tapi tak tahu button follow kat mana.
Okay kepada kawan-kawan semua, kalau nak follow blog Iva yang simple pimple ni kann, haa korang perasan tak, ada 4 boxes at the right side tu?
Haa nampak tak? Pastuu, korang click kat button ♕1 tuu.
Nanti ada tulis macam ni ---> + follow
Pastuu, korang click kat situ untuk follow Iva k? ^_^
Okay. 
Korang click tiap button ♕ tuu, tengok apa yang ada okay?
Then kalau ada apa-apa comment, click button ♕3 tu taw taw :)

Makasih ya teman-teman.
Nanti kita ngobrol lagi.
Assalamualaikum <3

Friday 16 December 2011

Status Facebook

Assalamualaikum.
Hi Iva disini :D
So macam mana hari ni? Semuanya okay? Lunch tadi korang makan apa?
Kalau Iva, hari ni semuanya okay. Rutin harian? Tak perlu cerita lah okay. Iva sendiri tak sanggup nak cerita.
Ohh ibu masak lauk ayam masak kurma tadi nyumnyumnyum :)
Sebelum tu, Iva nak minta maaf sangat-sangat pada Izzatie Rahman. Siapa? Izzatie Rahman lahh kenal tak? Dia kawan kiteee kat FB, tp sekarang dia dah deactive FB, so kitorang sambung di Twitter plak hehe.
Jap nak promote, ni Twitter dia -------> @izzatierahman
Okay back to the story morry in almari. Haa sebab pagi tadi dia ada text Iva, ajak pergi Mid. Tapi ayah Iva tak izinkan hmm :( 
TALK TO ZATI HERE -------> After tu kan b, I dah tanya ayah I taw. Dia tak bagi. I pun takkan nak merengek suruh bagi pergi jugak kann hmm :( You jadi pergi ke Mid tadi? You pergi dengan siapa? Sorry pasal pagi tadi taw taw. Next time I will make sure yang kita boleh hangout sama okay b? 

Sorry ya guys, we're not lesby or what yang songsang-songsang tu kay. Dia dah ada boyfie, ini bahasa gugurls je kannnn, gugurls? ^_^ 
#eurghh gediknya aku

Okay habis cerita pagi tadi dan pasal makan ape semua tu.
Iva nak cakap pasal status kat Facebook tu. Korang semua ada Facebook, kan? Tipulahh kalau takde.
Oh ya, Iva taknak dengar kay kalau ade orang nak kata 'Eh macam mana pulak dengan anak orang miskin tu? Diorang ada laptop ke? Ada internet ke? Diorang tahu ke pasal Facebook-menyibuk ni?'
Tak suka gila orang nak comment atau protes macam-macam ni. Soalan tu, korang tanya sendiri, jawab sendiri lah okay. The end.
So, inilah topic yang ingin dibicarakan pada hari ini. Comment status di Facebook.
Biarlah orang tu nak tulis status dia apepun.
Biarlah dia nak buat status banyak mana pun dalam sehari.
Kalau korang suka, LIKE saje lah kay.
Kalau tak suka, haa pergi lah LIKE status lain yang korang suka.
Ada sebab tertentu lah kenapa dia nak tulis status dia macam tu dan macam ni.
Muka-muka yang meng'comment' kat status tu sampai bagi tuan punya status tu naik bengang pun ada.
Benda yang tak perlu comment pun nak comment.
Benda yang tak perlu persoal dan pertikai pun masih lagi nak buat.
Ada tu comment tentang yang takde kena mengena lagsung dengan status orang tu.
Sampai kadang-kadang tu rasa macam, 'Eh dia ni kanapa? Kang aku label kau penyibuk-Facebook kang marah pulakk.'
Pastu, boleh plak nak debat-debat kat comment tu. Aiseyhh suruh masuk pertandingan debat tu tak mahu. Tapi kalau kat Facebook tu pungpangpungpang kau potpetpotpet.
Haa amek kau aku pulak dok potpetpotpet kat sini.
Lagi satu, Iva macam pelik jugaklah kan. Kenapa eh ada tu Iva tengok 24 hours nak update pasal boyfie dia, macam dia sorang je ada boyfie kat dalam dunia ni? Boyfie kau tu Justin Bieber ke? Orang lain pun couple tak teruk kemaruk macam kamu okayy :)
Ada tu, cerita sweet-sweet dengan boyfie pun nak bagi tahu. Bukan sweet dah, itu dah bagi orang meluat terusss. So, hal sweet tu kamu simpan jelah dengan boyfie kamu tu, okay? 
Ada tu nak pergi makan ke tengok tv ke pun nak update. Kenapa tk bagi tahu je kau nak pergi buang air? Baik pergi buat Twitter je macam tu. Kan?
Haa bila jadi nya hal macam ni, kalau suka, korang LIKE lah. Kalau tak suka, tak payah nak persoal ape semua kat status orang tu. Biaq pi dia lah nohh.

Sampai sini saja ya. Tekak gue ni lagi hauss nih. Yaa lagian kan enggak ada shiapa-shiapa yang mahu beri gue minuman. Terus ceritanya sampe disini aja dulu ya. Nanti kita ngobrol ngobrol lagiii.
Ohh sebelum terlupa, shiapa yang punya Twitter, follow aku disini yaa. 
Clickk aja disini -------> Iva's Twitter
Makasihh ya teman-teman.
Dadaaa ♥

Thursday 15 December 2011

Memories :')

Hello everyone :) 
Hmm tentang ape Iva nak cakap hari ni ye? Okay semalam Iva tengok blog cousin Iva, Tasha, dia baru libatkan diri dalam blog ni. Dia ada cerita tentang last moment dia dengan kawan-kawan dia masa sekolah. Yelahh, Tasha tu baru lepas exam SPM.
Ni blog dia -------> Tasha Hakim
 Ape orang kata? Rindukan segalanya yang berkenaan dengan sekolah something like that lahh. So, tiba-tiba Iva teringat waktu Iva sekolah dulu. Dah 2 tahun Iva meninggalkan sekolah yang tercinta tu haha.
Yup, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi (SMKBBB) tuuu.. Tahu tak? :)
Macam lahh famous sangat sekolah aku tu kann.
Iva nak cerita, panjang lebaq nohh. So, kalau berdasarkan gambar je pun, takpe kann? ^_^
Sebelum tu Iva nak bagi tahu, yess I'm a Prefect haha :p
And this is about 5 Jujur 2009


Gambar atas ni, haaaa inilah dia group yang diberi nama GED. Atau nama panjangnya, GEDIK. XD
Dari kiri, Huda Farahin, Syfa, Mewra, Nisha, and the last one, yeahh thats me :)
Sorry girls, guna nama pendek je :]



Time ni kat kelas, hari parents amek report card. Parents dah balik tapi kitorang taknak ikut parents balik haha, so duduk lepak kat class je :DD



Ahahh!! Ni semua muka penat lepas main volleyball, walaupun Iva cuma pemain simpanan je hehe.
Yeahh kami dapat tempat ketiga kayy. Walaupun Iva pemain simpanan, dapat hadiah jugak aw hewhew.
Huda, barisan kedua tudung putih, muka menangis tu sebab kalah dapat tempat ketiga.
Dari depan, Mira (tudung putih), sebelahnya Zuhaira Tussyahira Annajibah, haaaaa nama penuh aku letak kat kau, Tusyee :))
Barisan kedua dari kiri, Sharifah Fatimah, Diyana, dan Huda.
Belakang tu dari kiri Farahin, tengah-tengah tu Iva, dan kemudian Assifa :)



Okay waktu ni, SPM memang nak dekat dah. Yeahh SPM makin hampir. Kelas tu nampak meriah kecoh semacam, tapi time ni tengah buat revision sebenarnya hewhew.
Kitorang kan happy go lucky, so kelas pun jadi happening tahap tak boleh dikawal lagi.
Kelas kitorang kena blacklist sebagai kelas paling bising kalau nak tahu ^-^v


Graduation Day


Yeah its me :)



Sebelum bertolak ke Dewan GMI.
Dari kiri, Syafiqah, Nisha, Farahin, Mewra, Atiqah, Assifa, Anis, dan Iva.


Graduan SPM :p


Ni manja ke mengada ke Iva pun tak tahu lahh :)
Syihabudin dan Zafhan.


Waktu ni majlis nak bersurai dah.


Bersama dengan guru kelas kami a.k.a guru akaun, Cikgu Linda.
Ye aku tahu ada orang yang tak berkenaan dengan kelas kita kat dalam gambar ni. Sorry guys.

Actually ada banyak banyak banyakkkk sangat memori kami bersama #cewahhh
Hmm rindu korang semua tahuuu!!
Masing-masing dah sibuk dengan pengajian masing-masing sekarang. 
Ada yang dulu single, sekarang dah ada lover.
Ada yang dulu ada lover, sekarang single. 
Ada yang ada lover baru.
Ada tu yang lelaki rambut pun dah panjang.
Yang perempuan pulak, ada yang badan dah naik, ada tu sama je maintain, tapi takde pulak lah yang makin mengecik LOL
Semua dah makin cantik, makin handsome, makin pandai bergaya.
Ada yang dah ada kereta sendiri, macam-macam lah.
Yeah macam-macam perubahan berlaku.
Haishh rindu sangat pada mereka.

Rasa macam rajin nak bercerita sekejap.
Miss our Baby (Zafhan) and Kening (Syahmi) yang selalu berkepit, termasuk Abang Jenol (Zainul) our hero wanita haha.
Shot (Fauzan), Ayash dan Faiz yang selalu dungdangdungdang pada meja dengan lagu band diorang sendiri.
Yess our Snow White (Izzat) yeahh really miss your laugh and lawak 'pandai' kau tu.
Ikhwan, Conan (Ridzuan), Che-up (Syihabudin) dan Superman (Fazrul), mereka duduk satu barisan dan buat hal sendiri.
The Ged (Iva, Nisha, Mewra, Assifa, Farahin, Huda) yeahh bising antara diorang dan dengan cara dorang lahh kan.
Shafika selalu tak datang kelas, dia sakit. Shuhada dan Ekmah selalu diam buat hal sendiri.
Tusyee (Zuhaira) dan Syep (Sharifah Fatimah) Paling kabot kat dalam kelas ni. Dorang jugak lah puncanya riuh dan happening kelas 5 Jujur tu.
Diyan (Diyana) pun kadang-kadang join Tusyee dengan Syep jugak. Kadang-kadang dia diam je buat hal sendiri.
Puteri and Mimi yang suka melawa, bergaya, bersama dengan stuff diorang yang selalu bertukar baru.
Syafawati dan Azlinda selalu berkepit berdua je.
Adreena, Mastura dan Ayien tu haaa geng kadang-kadang skip class. Sekolah tu dorang yang punya haha. Adreena selalu kena attack dengan ustaz. Mastura plak dulu selalu kena marah dengan cikgu sejarah, but masuk F5, subjek sejarah tu jadi subjek favourite dia dan jadi anak emas cikgu hehe. Ayien peniaga nasi lemak kat class hewhew :)
Intan dengan Nadiah duk berborak berdua je. Entah apa yang dibuat pun tak tahulah.
Yasmin suka melukis. Dia memang jarang bercakap dalam kelas tu. Dia duduk kat tempat dia tu je, melukis tak habis-habis. Ada kebaikannya jugak sebab dia ada lukis gambar cartoon tiap sorang kat dalam kelas tu.
Iva masih simpan lagi lukisan tu ^_^
Ain dan Syafiqah Yusdi duk bergossip apa pun tak tahu lahh. 

Haihh sampai sini jelahh. Nak cerita semua memang takkan habis.
Rindu diorang semua :')
Thanks for reading.
Byebyee see ya <3

Tuesday 13 December 2011

Mood


Assalamualaikum.
Hello and Hye and Heyy!! -__-
Hmm dah berapa hari aku takde mood. Sounds weird? Maybe. But, I don't think so. Setiap orang pun ade masa-masa dan perkara yang membuatkan mood tiba-tiba hilang, rasa down, right? So, same goes to me lahh.
GAMBAR DI ATAS? YEAHH BEGITULAH KEADAAN SAYA '-'
Yeah semua ni disebabkan bende tu. Bende tu!! Perkara tu!! Yess memang sebab itulahh..
Ape bende? Haishh adelahh. Mane boleh bagi tahu. Tak syok lahh bagi tahu kan. Hm perkara yang tak menggembirakan, tak perlu lahh share kot. Tak happy lahh, kan? Hmm :)
So, next week dah masuk poli balik. Rasa macam kejap pulak cuti ni. Tapi disebabkan aku duduk rumah makan, tido, tgk TV, mengadap internet, bergaduh, dan begitulahh seterusnye, so aku rasa macam lama pulak cuti ni sampai aku rasa bosan. 
Macam-macam perkara dan ujian yang aku terima, sejak aku masuk belajar di politeknik ni. Macam-macam masalah lahh. Orang kata, ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Ye, aku terlalu banyak bersabar dan hadapi segalanya dengan tabah. 
Allah SWT sayang kita, sebab tu Dia bagi banyak ujian dan dugaan pada kita di muka bumi ini. Am I right?
Allah bukan nak dera kita ke hukum kita ke. Dia tahu kemampuan kita untuk hadapi segala ujian dan dugaan yang Dia berikan pada kita. Kan kan kan? :)
Hopefully I can get my happiness back :') 
Amin...
Okay lah. Nak online. Jumpa di Twitter dan Facebook yaw!
Bye. Nunitee :)

Sunday 11 December 2011

The Whole Day

Assalamualaikum.


Hello Sunday and Hello to me ( when I look at the mirror ) and Hellooo everyone :)
INI LAHH RUPA AKU HARI-HARI YE KAWAN-KAWAN. RAMBUT PANJANG SO IKAT MACAM TU JELAH. SIAP. SELEKEH? YEAHH I KNOW IT. HAHA. KEADAAN RAMBUT JE MACAM TU KAYH.  SEBIJIK MACAM RAMBUT KAT ATAS NI. MUKA AKU TAK SELAWA MACAM KAT ATAS NI.
Okayy as usually, aku bangun pukul 10am HAHA. Tapi sebenarnya aku bangun awal pagi tadi taw. Serious awal. Tapi tak tahu macam mana boleh tidur balik. Whateverr..
Awal pagi lagi yang membuatkan aku terjaga bila ayah ke ibu yang masuk bilik pun aku tak sure, then air-cond dalam bilik aku pun ditutup. Okay fine ayah/ibu. THANKS A LOT.
Then tak lama tu around 10am macam tu lahh kan, ibu knock the door "Tuk tuk tuk! Iva cepat siap ayah nak bawak pergi gunting rambut."
Okay fineeeee rambut aku yang panjang paras pinggang ni akan dipotong PENDEK. So, aku dah tak boleh lahh nak buat sanggul bila pakai tudung enn -____-
Then, pergi Kajang, kedai gunting rambut cina yang memang dari aku kecik dulu memang duk gunting rambut kat situuu jelahh sampai lahh umur aku dah 19tahun sekarang ni.
And now rambut aku dah pendek, paras bahu. Atas sikit je dari bahu. Heee :)
Goodbyeee rambut panjang :') Gonna miss youuu...
Rasa ringin sikit lahh kepala ni haa kann. Then, panas terik lah tengah hari td, biasanya hujan. Tapi hari ni tak hujan pulak. Ayah beli cendol. Hah!! Memang selesaaa lahh panas-panas tu kena pulak dengan cendol.. Haishh legaaa tokak den ni haa.
Hari ni ibu masak lauk sup tulang. Hewhew dah lamaa ibu tak masak sup tulang. Tapi kenyang minum cendol tadi tak hilang lagi, so lunch tu kitaa hold dulu sampai lahh pukul 2.45 baru lunch pulakk mwehehe.
Ada lauk sup tulang, sambal ikan bilis, dan sayur.
Lepas tu dah kenyang tunggu ape lagi, naik bilik lahh online ghahaha. Boringgg jee duduk bawah tengok TV.
Then online online onlineee aihh entah camne boleh taip nak pi tgk tweet TengkuSophia tu, tetibee plak angin acane? Hmm geram betul lahh aku dengan minah tu.
Hmm petang tu dalam pukul 6ptg baru aku off internet :D Ayah panggil turun.
Lepak-lepak jap. Pastu uruskan diri semua. Malam tu dalam pukul 8pm macam tu, ayah ajak makan kat luar.
Okay ayah order lauk ikan siakap masak stim, ayam masam 3 rasa, daging masak merah, sambal udang petai, dan sayur kailan ikan masin.
Aku rasa hari ni kerja aku makannnnn jee memanjaaangg. Balik tu bungkus sate pulakk HAH! Memangg selesaa perut aku hari ni.
Dan sekarang menghitung minit dan saat untuk tengok result final exam aku.
Mudah-mudahan semuanya baik. Result, please be nice to me okay sayangg.. Pleaseeee..
Takde ape dah nak cakap ni. Jantung dah dupdapdupdap macam nak tertanggal dah tunggu result ni.
Byee peeps, gudnite. Semoga kawan-kawan saya semua dapat result yang cemerlang, begitu juga saya.
Aminnnn...

Saturday 10 December 2011

PMM


Okay korang kepada sesiapa yang bernama pelajar Politeknik Merlimau Melaka, kat sini ada information berkenaan naik sem nanti okay. Most of korang yang dah tahu takpelah. Saja Iva bagi tahu balik berkenaan hal ni. Yang berkenaan, tertera di bawah ni okay :) 

ImageDapatkan info berkenaan  PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI DISEMBER 2011 PADA 18 DISEMBER 2011 di sini 

ImageTARIKH KEPUTUSAN RASMI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER

Tarikh keputusan rasmi Peperiksaan Akhir Semester Sesi Jun 2011 ialah pada 12 Disember 2011.Keputusan peperiksaan akan dimaklumkan melalui kaedah berikut:-

- Pelajar boleh melayari portal Politeknik Merlimau di bawah E-PERKHIDMATAN dan kemudiannya klik Sistem iPelajar  atau melayari terus ke http://ipelajar2.pmm.edu.my/ipelajar/

- Slip Keputusan peperiksaan tidak akan dipos. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk mencetak slip keputusan peperiksaan dan bawa bersama semasa pendaftaran Sesi Disember 2011


ImageLihat carta alir proses pendaftaran - pelajar senior (semester 2 dan keatas)semester Disember 2011 di sini 

Berikut adalah Jadual bayaran Senior Disember 2011 dan Tatacara Pembayaran Yuranuntuk tindakan pelajar senior PMM.



Friday 9 December 2011

Lara Lagi...


Okay lagu ni memang Iva tak boleh nak cakap ape lagi. Semua dah terungkai kat sini. Adira pun faham ape aku rasa selama ni okay. Setiap perempuan akan tersentuh bila dengar lagu ni. Mesti masing-masing ada cerita masing-masing seperti yang disampaikan dalam lagu ni.
Korang boleh pergi dekat link ni kalau nak dengar. Siapa yang dah dengar mesti tahu kann hmm.


Lirik dia memang... Hmm wordless..

Hanya sampai di sini sahaja 
Kisah cinta kita berdua
Tiada daya selamanya
Terhenti di sini

Biar ku pujuk hati ini
Merawat rinduku sendiri
Setelah aku kau lukai
Sedangkan kau tahu

Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah walau dipisah laut biru

Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah
Tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu... Percayalah

Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini sahaja
Pasti disuatu hari nanti
Ku jejak bahagia...

SORRY SEBAB FEELING SIKIT :/

Thanks Adira.

Thursday 8 December 2011

Which one?


Kenapa dalam hidup ni kita kena buat pilihan? Kenapa? Why?
Sebab kalau kita tak buat pilihan, macam mana kita nak tentukan hidup kita? Impian kita?
Contoh, nak pergi sekolah ke taknak pergi sekolah? Kau nak jadi orang ke atau kau nak jadi BANGSAT ?
Nak berjaya atau taknak? Nak jadi orang yang berilmu ke atau orang yang bodoh sombong?
Haaaa sebab tu lahh. Kita kena berfikir yang terbaik untuk diri kita.
Tapi masalahnya sekarang ni kann...Haa ni lah masalah aku :

Kenapa?
Kenapa dalam hidup ni kita kena buat pilihan? Why?
Kalau pilih A, yang B macam mane? 
Kalau pilih B, bagaimana pula dengan A?
Aku tak mahu sakitkan hati sesiapa. Atau lebih baik aku tak payah buat pilihan?
Takkan lah aku nak masuk subjek ekonomi pulakk kann. Buat pilihan dan satu barang baik akan terlepas.
Hmmmm... Ni bukan tentang barang. Ni tentang manusia.
Bila buntu, serabut, stress, haa pergi balun makan chocolate. Sebab tu lahh berat badan naik 2kg Iva oiiii...
Asal bukak mata je, kepala otak pun mula lahh berfikir, buat pilihan dan buat keputusan.
Tapi asyik fikir jee.. Pilihan tak buat-buat jugak. Keputusan pun takde. Sampai bila nak macam ni?
Ya Allah berikan lah aku petunjukMu. 

Wednesday 7 December 2011

:'(

#BANTAI ENGLISH. SORRY. 
Yeah I know, maybe the life of me, my life, not the same as others.
Severe, or may be severe. But I also have hearts and feelings.
I don't need all kinds of talk like I was humiliated. I know I'm not perfect. No one is perfect in this world.
I didn't ask to not have hearts and feelings of men, but the experience and what happens around me makes me trauma and lack of trust in men.
It is often pierced my heart and this heart is also unappreciated at all.
  Why all this happening to me? Why? I just want happiness. 
Who would have thought all happened. I didn't ask all this happened.
Lend me your shoulder to cry on, pleasee ? 

Tuesday 6 December 2011

The Whole Day


Hello. 
Okay jangan ditanya kenapa gambar diatas ni macam ni. Memang macam tu lah keadaan aku hari-hari -.-
Hari ni aku bangun awal sikit :D pukul 9 pagi okay. 9 pagi :)
TAKDELAH BAGUS MANA PUN BANGUN PUKUL 9 PAGI TU
Okay lah. Hari ni ibu masak lauk hati ayam masak lada hitam untuk aku sebab yelahh biaseee orang sakit kurang darah macam aku, kena makan makanan yang boleh tambah darah. 
Aku boring sangat bangun pagi terus online, sambil layan cerita melayu kat Prima. 
Pastu adik-adik aku pun bangun pastu mintak nak guna lappy. Macam biaselahh dorang memang macam tu. 
Aku tak tahu apehal aku mengantuk sangat hari ni, aku tidur dari pukul 2ptg sampai 5ptg. 
Sedar-sedar, baru aku perasan yang aku tak lunch lagi HAHA
So aku pun pergilahh lunch petang tu -.-
Then aku uruskan lahh ape yang patut, pastu online-online lagi. 
Sampai cerita Dhia start, mak aihh boleh pulak dah depaa buat suspen macam sinetron indon hadoii. Tetiba Dhia mati? Derr, lawak lahh kalau heroin a.k.a watak utama mati. Cerita pun habislahh kalau macam tu haiyoo. Boleh plak tetiba mayat Dhia bangun, haa tersedak batuk pulakk uihsss kalau ada mayat betul macam tu, macam-macam perasaan yang muncul kat aku ni HAHA
Tapi comel plak kan kalau mayat bangun tersedak? -.- Haaa kan aku dah cakap! Dhia takkan mati. Haishh aku yang buat cerita tu, aku tahulahh HAHA #perasan jap
Dahh boleh plak bersambung. Hmmm. Pastu tengok cerita Cinta Elysa. Memang aku tak pernah tengok cerita tu, pastu baru hari ni nak start tengok, memang aku tak pahamm kenapa ending dia macam tu -.-
Adik aku sibuk nak tgk WWE lahh bola lahh apelahh. Hari-hari bukak channel macam tu, boring u ollsss...
Kitorang gugurl lahh tak minat lahh sukan-sukan ASPN sume ni.. Daa.. #gedik
Hmm. Then rutin aku hari-hari menghabiskan stock chocolate yang ade kat fridge ni mwehehe
No wonder lahh kalau berat badan aku dah naik 2kg. Okay fine.
Lepas tuuuu.... Ape lagi eh? Mane ade pape dahh. Dah malam ni ape lagii takkan nak melilau tak tenu arah plak kan. Duduk rumah tengok TV. Pukul 12mlm kang ade Chapalrela miahahaha
#aku dah boring sangat so layan lahh cerita tu tiap malam :3
Okay lahh nanti kitee tulis-tulis conteng-conteng lagi. Bubyeee :)

Monday 5 December 2011

The Whole Day


Pagi tadi macam biasa, bangun lambat. Dan macam biasa awal-awal pagi lagi sama ada ibu atau ayah akan masuk bilik aku dan tutup air-cond. Okay fine tidur aku terjejas.
"Bukak lahh air-cond balikk..."
"Nanti elektrik banyak bla bla bla..."
Haishh demi mengantuk yang tak sudah, aku tidur lah balik. Kejap pun jadilah okay. Kejap tak kejap jugak lah pukul 10am baru aku bangun. #teruk betul perangai
Okay turun bawah tengok takde breakfast. So aku dengan ibu pun goreng lah nugget, samosa, and fries. Pastu buat teh O panas. Done. HAHA
Okay tengahhari tadi ibu malas nak masak so beli makanan kat kedai jeh.
Online online online jelahh keje aku. Memang boring tak tahu nak buat ape. Adik-adik aku keluar lepak dengan kawan-kawan dorang kat perumahan ni. Ayah pergi outstation. Tinggal lah aku berdua je dengan ibu kat rumah.
Tapi tak lama tu tiba-tiba macam ada suara orang bagi salam.
SORRY BELL RUMAH ROSAK HEWHEW
Rupa-rupanya mama long, waqqas dan atuk datang rumah hee. Hilang sikit kebosanan aku kat rumah ni.
Ibu masak pisang goreng dan keropok lekor. Then buat air Teh O panas.
Yeahh anda masih lagi dalam rancangaaaaann 'Sepetang bersama Iva...' :D
-.- Okay enough.
Dua orang gedik tu kalau dah lepak main kat luar haaa maghrib kang baru ingat nak balik.
Bila mama long, waqqas, dan atuk dah balik, emm macam boring jehh. Ibu ajak keluar jalan-jalan hee.
Pastu gi beli makanan untuk makan malam sebab ibu malas nak masak. Okay sangat terserlah kemalasan ibu pada hari ini.
Elok sampai rumah, nampak kelibat 2 orang budak yang berlegar-legar di depan rumah. Tengok-tengok 2 orang adik gedik aku. Jam menunjukkan pukul 8.15pm pada waktu tuh haha. Nak tahu kenapa dorang duduk luar? Sebabnyeee pintu rumah tadi aku kunci sebelum nak keluar bhahahahak.
Ingatkan dorang ade kunci. Memanglah dorang ade kunci rumah, tapi dorang ade kunci untuk bukak gate and bukak grill pintu. Kunci pintu dorang takde miahahaha kasiaaann dia lorhhh.
Dorang pun cerita lahh yang jiran semua ingat dorang kena halau dari rumah ke ape HAHA
Okay bila masuk rumahh haaa kelaparan dorang.
Pastuu macam biasalahh dorang merengek nak guna laptop plak. Okay fine. Its your turn my brothers.
Done for today. Kbye ;)

Sunday 4 December 2011

Actroid :)

Hey hey heyyyy ! Hari ni Iva nak share satu bende dengan korang semua.
Sebelum tu nak bagi tahu, pagi tadi mood tak brape nak ade sampai tiga kali tukar baju.
At last haa ini lahh ghupenyeee -.- Simple pimple !


Haa back to the story morry in almari... LOL
Tadi pergi Pusat Sains Negara, okay jadi kanak-kanak ribena kejap huahaha.
Ade pameran robot seperti manusia kat sana. Robot tu nama Actroid.
Actroid diberi nama dari perkataan Actor + Android.
Check it out!


She is a robot.




Hand urethane model of Actroid


Leg model of Actroid


Mechanisms used for the Actroid


Rangka tangan Actroid


Eye mechanism of Actroid



Skin of the Actroid


Comparison of the feel of skins
From left: Skin for Actroid leg, Skin for Actroid body, and Skin for Actroid face.


'She' is Actroid :)



She is talking to visitors :)


System of the Actroid

Teruja tengok Actroid tu bercakap hehe sampai tak perasan orang belakang aku duk cari point bagus nak amek gambar robot ni huahaha. Untunglahhh aku duk depan skali boleh tengok Actroid dengan jelasss :D
Pastu ayah bawak adik pergi Tugu Negara. Okay bosan.
Okay lahh tak tahu dah nak cakap ape hee. Bye.

All grown up

Kali ni Iva nak share satu bende mwehehe :)
Cuba tengok nieee ^^


Dari kiri Iva Nazatul Durrah, Waqqas, Danial Hakim, Muhd Isyraf, Eizzafri Irawan, and Natasha Hakim.
We're cousins :) Janius's grandchildren :DD
But Eizzafri was my brother :3
Edited by Waqqas Abdul Hadi.

OKAY WAKTU KECIK DULU NAMPAK AKU SANGAT MESSY DAN COMOT MOMOT DAN SELEKEH DAN TEMBAM BAMBAM -.-


Saturday 3 December 2011

The Whole Day

Hello peeps. 
Hmm dua hari tak online Facebook and Twitter hewhew. Okay takpelah. Dua hari je punn kan. Bukannya dua bulan. 
SEBENARNYA TAK BAYAR BROADBAND LAGI HEE SEBAB TU LAHH HARHARHAR. OKAY ENOUGH.
Biaselahh kalau tak mengadap internet, 'mati kutu' jugak dibuatnya. Yelah mana tak nya, boring tak tahu nak buat ape kat rumah ni. Nak kata keluar hangout, hm bila entah. Hari-hari makan tido tengok TV gossip-gossip dengan ibu dan adik, gaduh bla bla bla haishh entah ape mende entahh.
Sorry lah sejak cuti ni macam rajin pulak nak tulis-tulis update blog ni. Tak tahu nak buat ape kan. HAHA
Dekat 2 minggu cuti ni, okay sebenarnya aku malu nak cakap hehe tapi apekan daya badan dah naik hahaha. Upps! O'oh. Korang dengar ke? Alaaa memang lahh tak dengar sbb korang baca page ni bukan dengar LOL
Tapi ibu kata 'mana taknyaa dah hang asek duduk tengok TV je lepas tu makan tak sudah sebab tu badan hang naik' Okay ibu janganlah marah okay? Naik sikit jee hehe :)
Alaa naik sem nanti confirm lahh badan ni susut sikit. 
Semalam pergi beli barang sikit, habis aku balun amek chocolate mwehehe.
Ayah kata 'Laa ni bila mase kamu amek ni?' Aku jawab 'Tadi :DD' hehehe
Lepas tu pergi beli pizza Dominos tapi lepas tu lapar balik lepas makan pizza tu HAHA
Bak kata sepupu aku, Waqqas, perut mutan -_____-
Takpaaa janji cheq kenyang tak kacau hampaa :)
Hari ni punn takde buat ape. Rutin macam biase. Tak tahulah esok macam mana hehe.
Okay lahh ibu panggil turun, makan mwehehe :))
Byebyeeee friends. See yaa next!

Thursday 1 December 2011

The Whole Day

Hello 1st December. Okay bangun awal pagi je dah boring. Sebenarnya tak la terlalu awal aku bangun, around 10am macam tu huahaha okay enough. 
Dari bilik lagi aku dah bau aroma nasi lemak yang ibu masak. Aku dah terbayang nasi lemak, niat nak bangun terus mandi dan turun pegi breakfast tapi err aku tgk jam menunjukkan pukul 9am hoarghhh macam mengantuk lagi okay tidur kejap lah okay hewhew :)
Tak lama tu dengar ibu jerit dari bawah "WOI BANGUNNNN!!" hehehe kami tiga beradik masing-masing tidur lagi mwehehe
Tengok jam kat handphone, ohh pukul 10am hewhew takpelahh relax dulu.. Still morning whatt hahaha okay enough. 
Sejuklahh macam malas jehh nak mandi, tapi mana bolehh. Kena mandi jugakk biar wangiiii :) Anak dara mana boleh musyuk-musyukk hehe. Lamanya aku mandi dan bersiap sebab pukul 11am baru aku turun breakfast. Done.
Then lepak-lepak gossip-gossip jap dengan ibu. Pastu haiyoo macam bosan jee naik atas on lappy ape lagi online laaa babe! Mwehehe
Time tu dah pukul 1pm okay baiklahh adik-adik aku tak bangun tido lagi haishh.
Dari petang sampai sekarang aku mengadap lappy je, online. Hm boring.
Adik aku Izzy keluar pergi main bowling dengan kawan-kawan dia kat perumahan Puncak Bangi ni. Itupun anjuran persatuan penduduk PB ni jugak.
Adik aku yang Feeras tu sibuk mengikut, padahal dia tak main pun. Pulakk bergaduh dengan ibu merengek nak pergi jugak tgk dorang main bowling. Kalau dia dah memberontak, tak boleh nak kata ape -.-
Rasa macam nak peng je Feeras tu tadi. Degil sangat!
Hm. Sekarang aku tinggal berdua je dengan ibu kat rumah. Jap lagi ayah balik dari outstation. Budak gedik dua orang tu pun jap lagi baliklahh kot. (Korang berdua tak payah baliklahh buat kusut jehh) HAHA

Semua orang cerita pasal movie Ombak Rindu. Udah-udah le tu. Den ni dah la tak dapat poei tengok wayang, kome plak ceghitee ombakrinduombakrindu hadoiii.
Cuba lahh jangan menjealouskan kite nye punn adoi. Maraa ni ta nampaa ke?! MWEHEHE :D

Sorry dah berjangkit Johan RajaLawak haha. Okay enough.
(TAK TAHU NAK CAKAP APE DAH NI HEWHEW)


Haa okay lah nanti kitaa tulis-tulis lagi taw. Byebyee and Nuniteee ^^
  

Enough, man!

Apa yang korang rasa bila seseorang yang korang sayang dan tak boleh lupa tu, tiba-tiba menghilang macam tu je? Umpama cuba untuk menjauhkan diri. Dia block korang from his/her Facebook. Okay ini sangat-sangat down. 
Kalau dulu, dia datang and cheers your days. Then everything is disappointing macam mengharapkan panas sampai ke petang tetapi hujan pada tengahhari. Yeahh lebih kurang macam tulah bunyi pepatahnya. Then he/she nak macam ni nak macam tu janji itu dan ini but then tiba-tiba senyap mendiamkan diri tanpa khabar berita. Kalau dulu boleh jenguk-jenguk dia through Facebook je. But now dia dah block kitee from his/her Facebook. 
Okay thats mean macam dia memang dah buang kitee jauh-jauh and okay fine, enough.
Kalau semua hubungan yang terjalin dulunya dan berakhir macam ni, no wonder lahh kalau aku kata memang hati aku dah tertutup rapat untuk lelaki. You make me feel suck to you, men. Yeahh. Men. 
Banyak sangat kisah yang berlaku disekeliling aku dan berdasarkan pengalaman aku juga yang membuatkan aku sakit hati terluka kecewa dengan kaum bernama LELAKI.


I pray and I hope that God will open the door of my heart to feel loved and loved again.
I'm a woman. I have heart and feelings too, and I have my own rights.
This heart needs time to heal.


SORRY KALAU KALI NI AKU TERLALU SERIUS ATAU AYAT MACAM RUDE SANGAT

Nite of 1.12.11

Okay December is coming. Oh hellooowww December. Please be nice okay :)
Hopefully that all the memories and things that happened will be end here before year 2012 come.
InsyaAllah pada 12 December ni result exam akan keluar. Takutttt :( Hopefully everything will be fine.
Tolonglahh walaupun ade lagi 2 atau 3 minggu lagi aku akan spend masa kat rumah ni, berhentilah jadi cuti yang memboringkan, okay my dear holiday? Pleaseee -__-
I just need a best and healthy holiday. Bukan cuti untuk makantidomakantido jeee. 
Dah tahu aku tak suka nak exersise and jogging semua tu, jangan lah bagi aku makantido je cuti ni okay Holiday ku sayang?
Im begging you -.- LOL
Okay lahh masa dah menunjukkan pukul 3.33a.m.
Gotta go. Katil, blanket dan my musyukk pillow dah panggil.
Nunitee everyone :) Sleep well.