Assalamualaikum. Welcome to my blog. I'm Iva, owner of this diary. There have some stories and hijab tutorials here. Thank you for visiting this blog. Follow my blog and keep on reading my stories. Thank you . . . . .

Wednesday 7 November 2012

Saat-saat Akhir Praktikal


Memandangkan praktikal makin hampir untuk berakhir, makin banyak masalah yang datang. Salah satu masalah kawan-kawan yang lain mungkin dah selesai iaitu DIPANTAU. Tahu tak, Iva dan kawan-kawan yang lain di area Selangor ni masih belum dipantau? Lecturer lupa kitorang ke? :(

Bagi kawan-kawan yang lain yang dah kena pantau, mungkin korang semua rasa lega sikit kan? Iva ni, dah lah belum kena pantau, lepas tu pening dengan daily report yang bertangguh tu HAHA, dengan final report lagi. Hmm kusutnyaaa. Nasib baik ada senior tolong sikit-sikit mana yang perlu, tapi masih kusut lagi. Lagi bertambah kusut bila tak tahu nak tulis report in English atau Malay. Mana tak nya, okay disebabkan kerja Iva banyak macam in English, so Iva pun konon lah tulis daily report in English, macam senang sikit nak cerita. Sekali bila sampai kat daily report, KUSUT ~!@#$%^&*()_+ 
Rasanya kena tukar semua buat in Malay. Tak kira tak kira tak kira ! 

So far, daily report korang dah sampai mana? Dah berapa % dah siap? Slide dah buat? 
(aku tanya bebanyak ni bertambah risau pulak haa)

Okay kat sini Iva dapat tahu info tentang masuk sem 5 nanti.

-tarikh lapor diri : 11 disember 2012 (8pg-12 tghr @ Jbtn msing²)

- penilaian LI (presentation) : 12/13 disember 2012 (8pg-5ptg @ Jbtn msing²)

- tarikh pendaftaran kursus pelajar tamat LI : 17 disember 2012 (8pg-12tghr with PA msing²)

Iva dapat tahu pun dari kawan Iva yang telah dipantau. So kalau Iva salah information, minta maaf & tolong bagi tahu Iva ye, supaya Iva boleh betulkan maklumat ni semula.

Cepat betul semua ni kena submit :O 
Mudah-mudahan kita boleh settle kan semua ni dengan jayanya. Amin...

Sekian.

Saturday 13 October 2012

MyKad



89 01 2345678 9

89 = Tahun 1989
01 = Januari
23 = Haribulan : 23
45 = Negeri : Terengganu 
678 = Nombor rawak
9 = Jantina : Lelaki


Sejak 1990, setiap warganegara Malaysia diberikan satu set nombor 12-digit yang unik dalam format TTBBHH-NN-###J sebagai nombor kad pengenalan. 
Kumpulan digit pertama (TTBBHH) merupakan tarikh lahir pemilik KP.
Kumpulan kedua (NN) pula merupakan kod negeri lahir, iaitu 01-13 untuk negeri-negeri, 14-16 untuk Wilayah Persekutuan dan kod 71 jika lahir di luar Malaysia. 
Bagi anggota polis, kod yang digunakan ialah 88 manakala untuk anggota tentera, kod yang digunakan ialah 99.
Namun begitu, apabila seseorang anggota polis atau tentera menamatkan perkhidmatan mereka, nombor kad pengenalan mereka akan ditukar kepada kod nombor asal tempat kelahiran mereka.
Kumpulan nombor terakhir (###J) merupakan nombor siri yang dijana secara rawak oleh sistem komputer Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.

KOD NEGERI
01, 21, 22, 23, 24 Johor
02, 25, 26, 27 Kedah
03, 28, 29 Kelantan
04, 30 Melaka
05, 31, 59 Negeri Sembilan
06, 32, 33 Pahang
07, 34, 35 Pulau Pinang
08, 37, 38, 39 Perak
09, 40 Perlis
10, 41, 42, 43, 44 Selangor
11, 45, 46 Terengganu
12, 47, 48, 49 Sabah
13, 50, 51, 52, 53 Sarawak
14, 54, 55, 56, 57 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
15, 58 Wilayah Persekutuan Labuan
16 Wilayah Persekutuan Putrajaya
88 Polis 
99 Tentera
Sumber: Nombor Kod Negeri Kelahiran Dalam Kad Pengenalan Malaysia  


Untuk membezakan di antara pemegang MyKad lelaki dan perempuan, nombor berakhir dalam siri nombor kada pengenalan telah di sesuaikan mengikut jantina pemegang di mana sekiranya pemegang MyKad mempunyai siri nombor berangkap genap, jantina pemegang adalah WANITA. Manakala jika pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka ganjil, jantina pemegang adalah LELAKI
 

Tuesday 14 August 2012

Sembang Hebat

Entry ini tidak ada kaitan dengan sesiapa. Kalau ada yang sama, mungkin ianya kebetulan. 

Kenapa ye? Ada yang menganggap cinta itu tidak mengira usia, tidak mengira harta dan benda, tidak mengira rupa paras, dan dianggapnya cinta itu tulus kalau ianya datang dari hati dengan seikhlas dan setulusnya. Walaupun kata-kata itu kuat untuk menunjukkan yang insan itu adalah bagus dalam dunia cinta dan lebih mengenali erti kasih sayang dan setia, kenapa masih akan ada hati yang terluka pada akhirnya? 

Pasti korang semua confused apa yang Iva cuba sampaikan, kan? Let say, ada sesetengah orang yang tak boleh terima kalau boyfriend/girlfriendnya tidak contact, kenapa perlu menangis frust menonggeng macam bapak mati anak? Dan ada juga yang tidak kisah dan menganggap bahawa pasangan mereka mungkin busy dan tidak perlu untuk contact selalu. Takut takde topic nak borak lah katakan. 

Kalau diperhatikan sekarang ni, mungkin ada sesetengah perempuan yang berpendapat bahawa kalau memilih pasangan yang sudah bekerja atau lebih tua darinya, itu dapat menjamin masa depan dan lelaki itu lebih matang dalam segala hal. Tetapi janganlah sampai mengambil kesempatan ke atas lelaki itu minta itu dan ini. Jangan menampakkan diri anda sebagai seorang yang materialistik, sangat memalukan. Jagalah maruah sebagai perempuan, jangan sampai dipandang sebagai kaki kikis. Tetapi ada juga yang tidak kisah dengan faktor umur, pekerjaan, pelajaran, jarak jauh, yang penting cinta mereka tulus ikhlas dan suci. 

Nak dengar satu pepatah?
The one who gives advices about love is the one who are really stupid about love.
Means,
Orang yang memberikan nasihat tentang cinta adalah orang yang benar-benar bodoh tentang cinta.

Seriously pepatah ni betul sangat-sangat. Tak percaya? Tunggu kalau anda terima situasi ini. Dimana ada insan yang sangat fasih dalam soal cinta, dan selalu memberikan nasihat tentang cinta, dan akhirnya termakan dengan nasihatnya sendiri. Yeah, thats called stupid about love.

Bagaimana pula dengan topik poligami? Haha I hate it. Sebab apa? Sebab ramai yang mungkinnya salah tafsir dan kurang faham erti poligami. Why? Sebab Rasulullah tidak berkahwin dengan wanita lain sewaktu isterinya Siti Khadijah masih hidup, melainkan Siti Khadijah wafat. Sememangnya poligami adalah Sunnah Rasulullah, tetapi tak perlu nak menegakkan poligami itu sunnah kalau perkara yang wajib pun tidak ditunaikan. Dan takde perempuan yang suka akan poligami. Tiada siapa yang suka pasangannya di'share'. Jangan salah ertikan dengan poligami. Rasulullah tidak memadukan isterinya. 

Hm. Eh kalau anda perasan, describe lah macam mana pun sifat orang lelaki, dan akhirnya kita pasti akan cakap "Entahlah, tak faham aku." Lelaki sukar untuk difahami. Dapatlah perempuan bagus mana pun, kemudian lelaki cari lain, apa lagi yang mereka nak dan cari pun tak tahu. Lelaki sememangnya sukar untuk difahami.
Nak yang bertudung, pandai masak, pembersih, jaga badan, cantik, solat, pandai buat kerja rumah, boleh beri zuriat, itu ini semua cukup. Tapi tetap ada yang kahwin/cari lain. Apa yang lelaki mahukan sebenarnya?
*bukan semua lelaki macam ni taw* 
Kalaulah perempuan boleh kahwin 4, saya nak balas dendam terhadap kaum lelaki yang melukakan hati perempuan. Takde siapa suka pasangannya share dengan orang lain. Apabila kita dah cuba lakukan yang terbaik untuk orang yang disayangi dan akhirnya kita yang kecewa, umpama diri ini gagal, kan ? Hm.

Sebelum anda melukakan hati seorang perempuan, cuba fikirkan apa yang anda akan rasa jikalau ayah papa daddy abah anda lakukan yang sedemikian terhadap ibu mama mak mummy anda.

Sekian.

Monday 13 August 2012

Iklan Raya PKNS 2010.

Assalamualaikum.
Hye semua. Apa khabar? Sihat? Semoga semuanya sihat walafiat, taknak ada yang sakit-sakit ke, melecur sana sini sebab main mercun ke, tak mau macam tu eh? Sebab tak lama lagi seluruh umat Islam akan menyambut Syawal ! Yeayy kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri :D

Okay okay. Nampak tak tajuk post pada entry kali ni? Yes Iklan Raya PKNS 2010. Kenapa 2010 pulak? Sekarang kan dah 2012. Kenapa nak patah balik pada tahun 2010? Okay sebelum tu, Iva nak share sedikit tentang perasaan Iva bila tengok iklan raya Bernas tu. Jahatlah iklan tu, buat Iva menangis tau ! Tengok tak iklan raya tu? Kalau belum tengok, haa kat bawah ni Iva dah sediakan videonya.

Sebelum tu korang PAUSE kan dulu lagu blog Iva kat bahagian bawah sekali at the right side okay. Takut tak dengar suara kat video ni.


Kisahnya (copied) :
Two special children build a beautiful relationship based on genuine care and understanding. On the eve of Hari Raya, these orphans, Ahmad and Fizi embark on journey and encounter many challenges along the way. Through their perseverance and determination, they overcome all odds to fulfill their obligation of unconditional love.

Sedih, kan? Menangis tak? Kalau menangis, meh sep sikit dengan Iva. *pap!

Hm. Okay okay stop sedih medih semua tu. Sekarang Iva nak sambung balik pada tajuk entry kali ni. Iva nak share sikit pengalaman Iva apabila rumah Iva terpilih untuk buat shooting untuk Iklan Raya PKNS 2010. Yeahh 2 years ago ~ Btw, pada mulanya Iva sangat terkejut apabila ibu terima panggilan dari seseorang dan beritahu ibu untuk buat shooting dirumah kami. Rumah itu belum diduduki lagi, means Iva belum berpindah masuk lagi ke rumah tu, so rumah tu still kosong, but dah ada kabinet dapur dan grill dah dipasang. So diorang minta izin dulu boleh atau tidak untuk shooting dirumah kami, dan ibu memberi jawapan yang positif. Then..eh takkan Iva nak cerita itu ini kan. Haaa pastu tibanya hari nak shooting tu, Iva ada dekat site. Saja mengada menggedik nak tengok orang shooting kan. Hehe. Tapi seriously, memang bersepah gila kerja-kerja nak shoot-menge'shoot' ni. Dengan wayar lampu yang banyak, segala perabot barang perhiasan rumah semua diorang angkut. Dan kebanyakannya semua daripada Ikea. Takde 1 barang kami pun yang diorang guna. Diorang mula shooting dari awal pagi sampailah pukul 2.00pagi. Fuhh penat Iva tengok diorang berlakon sekali, dua kali, berbelas kali, ulang ulang sampai dapat scene yang best dan menepati citarasa director. Even Iva cuma tengok je dorang shooting, tapi best ! Hehe. Nak tengok ? Haaa ni video kat bawah ni.

LOKASI : PUNCAK BANGI
Video ni ada 2 lokasi, di Puncak Bangi dan lagi satu tu Iva tak ingat apa nama tempat kawasan kampung tu. Di Negeri Sembilan, mungkin. Tak ingat.

Pelakon lelaki tu kan kan, seriously handsome ohhh jumpa depan-depan. Hehe. Kembar girls dua orang tu pun comel. Time tu diorang darjah 4, sekarang ni diorang dah darjah 6 kalau tak silap. Kan? 
Okay actually, shooting ni diorang guna 2 buah rumah. Rumah Iva dan rumah sebelah. Rumah sebelah tu pun kosong belum ada orang duduk, tapi dah ada owner lah. Sebelah rumah Iva tu rumah corner lot. So pandangan yang atuk tu tengok tu adalah dari dalam rumah corner lot tu. Nampak kan rumah banglo besar-besar kat atas bukit yang atuk tu tengok tu? Itulah Bangi Golf Resort. Haaaa Mawi duduk area situlah ! *promote pulak cik minah ni*.
Okay rumah yang lagi satu yang pelakon lelaki ni hadiahkan untuk "parents" dia tulah rumah Iva yang dorang gunakan untuk shooting. Habis semua diorang conquer, dari sekecil-kecil hiasan sampai kebesar-besar perabot semua tu barang diorang. Langsir semua tu langsir diorang. Haihh. Eh btw, ibu sempat berbual dengan atuk tu dan pelakon handsome tu hehehe. Jealous I ~ Iva cuma berdiri sebelah ibu je dengar mereka berbual. Atuk dengan nenek tu speaking terror gila (Y) Tabiklah kat atuk dan nenek. Hehe. 

So, sekali tu jelah Iva berpeluang tengok semuanya secara LIVE. Rindu semua tu, best sangat ! Tapi kan, pssssttt sini dekat sikit nak bisik, director dia sombong gila ohhh. Okay dah habis bisik dah hehe.

Sorry lah kalau ada yang berpendapat apa-apa tapi niat Iva hanya untuk share pengalaman sekali seumur hidup ni, mungkin :)

Pastuuuu, Iva tak tahu nak cakap apa dah. Hehe bye.


Thursday 9 August 2012

Style Bawal 2 Layers

Waktu Iva semester 3, ramai kawan-kawan Iva yang pakai tudung bawal style 2 layers ni. Mesti ada diantara bebeh bebeh semua yang nak tahu tutorial ni. Okay bagi sesiapa yang belum tahu lagi, boleh ikut macam steps ni okay. 

Apapun, sediakan tudung bawal dan bentukkan segi tiga, DAN make sure lipatan bahagian dalam lebih lebih lebih pendek daripada bahagian luar, seperti gambar dibawah.


Kemudian,


1) Pakai tudung bawal macam biasa & buat sama panjang, kemudian pin kan dibawah dagu.(macam dalam gambar 1)
2) Angkat lipatan tudung belah luar dan letakkan di atas kepala. (macam dalam gambar 2 & 3)
3) Ambil bahagian kiri & pin kan to opposite side di atas bahu baju. (macam dalam gambar 4)
4) Kemudian ambil bahagian kanan & pin kan to opposite side di atas bahu baju. (macam dalam gambar 5)
5) Siap ! Inilah hasilnya. (macam dalam gambar 6)

Harap korang faham apa yang Iva terangkan okay. 
Kalau suka, boleh try gaya ni untuk Hari Raya yang bakal datang ni dan selamat bergaya ! :)



Wednesday 8 August 2012

Tudung Bawal with Inner


Okay first of all, ramai kawan-kawan yang minta Iva buat tutorial macam mana pakai tudung ni. Senang je, macam yang Dian Pelangi pakai tu. Tapi yang ni bagi nampak inner macam pakai Syria tu. Okay ikut je steps macam kat bawah ni.


1) Bentukkan bawal dengan bentuk segi tiga, macam biasa. Then letakkan diatas inner, buat sama panjang. (macam dalam gambar 1)
2) Kemudian, ambil tudung yang belah kanan/kiri bawakkan dan pin kan to opposite side tepi kepala tu. (ikut keselesaan masing-masing) (macam dalam gambar 2)
3) Then, lepas pin, yang selebihnya tu sorok-sorokkan je ke belakang :D (macam dalam gambar 3)
4) Lastly, yang belah panjang yang belum di pin kan lagi tu, bawakan to opposite side dan pin kan di bahu baju. (macam dalam gambar 4)

Then siappppp ! Faham ke Iva cerita tu ? Kalau tak faham Iva cerita, tengok gambar pun dah okay dah ^^
Okay selamat mencuba :)




Tuesday 31 July 2012

Belanja & Persiapan Untuk Aidilfitri

Okay ini cerita dari sambungan untuk entry Salam Ramadhan yang lalu. Back to my question, macam mana dengan persiapan Hari Raya ? Dah shopping baju baru kasut baru segala yang baru ? Hehe. Ada yang dah shopping dari awal sebelum puasa, ada yang suka shopping time berpuasa (dapat rasa suasana nak beraya hehe), ada yang suka beli last-last minit. Kalau boleh tu elakkan lah daripada shopping last minit, sebab takut apa yang kita berkenan, ha time tulah dah habis stock, dah takde saiz. Hm. Bagi yang belum start shopping, jom shopping untuk sambut Syawal ! Tapi jangan keterlaluan sebab Allah SWT tak suka akan pembaziran. Membeli mengikut kemampuan, itu lebih menyenangkan.

Macam ada sesetengah orang yang berbelanja, let say dia ni macam aaaa cepat terpengaruh dengan kawan-kawan. Bila kawan-kawan pakai yang macam ni, dia pun nak beli yang macam tu walaupun dia tahu harga barang itu diluar kebiasaan dia bershopping. Then bila dah beli barang tu, haa baru lah teringat "Alaa tak cukup nak beli ni la. Benda ni penting. Macam mana aku nak belanja makan ni?"
C'mon babe, berbelanja ikut kemampuan & keperluan, bukan mengikut kehendak. Melainkan kalau ada extra money tu, haa boleh lah korang budget nak beli apa yang korang nak. Biasalah shopping tu hobi perempuan, isn't it ? Lebih-lebih lagi bila baju kurung, baju kebaya, semua jenis baju yang dah mula dijual sekarang, ada macam-macam pattern, macam-macam design baru, dan harga pun macam-macam lah. Sampai pening nak memilihnya. Buatlah pilihan yang terbaik okay ? :)

Makin hari makin dekat kita nak menyambut Aidilfitri, ha macam-macam segala satu benda kalau boleh nak baru. Rambut raya, handphone raya, casing handphone raya, purse raya, langsir raya, sofa raya, semuanya raya lah hehe. Takpelah janji awak semua happy dengan perbelanjaan untuk hari raya, tapi jangan sampai berhutang jangan sampai ikat perut semua tu okay ? No no no tak boleh sama sekali. Kita sedang berpuasa, memang nafsu macam-macam sikit hehe. Tapi kalau kita boleh control, InsyaAllah semuanya will be alright ;)

Macam mana pula dengan juadah untuk Hari Raya nanti ? Yezzaaa. Ni yang best ! Part paling Iva suka untuk ngobrol, yes ! Soal makan. Hehe. Tahun ni kuih buat ke atau kuih tunjuk je ? Hehe. Tak kisah lah buat sendiri atau beli, yang pasti, jangan membazir, okay ? Nak nak bila bulan puasa ni, nampak apa jenis kuih raya pun semua nampak sedap, rasanya belum tentu. Bagi yang pandai buat kuih raya, memang biasanya pun akan buat sendiri tu, mesti sibuk list kan bahan-bahan untuk jenis-jenis kuih yang nak dibuat. Hehe alahai meriahnyaaa Hari Raya :)
Lagi bertambah best bila buat kuih raya kat dapur sambil dengar lagu raya hehe syoknyaaaa ! Tak sabar nak raya :D Haaa nampak tak over excited disitu ? Okay okay stop Iva stop. Hee. Okay ini je kot yang Iva nak story mory. Bye :D


Monday 30 July 2012

Selamat Hari Persahabatan Sedunia


Sahabat ? Ramai yang suka akan pepatah "Berkawan biar beribu, berkasih biar satu". Tapi dalam ramai-ramai kawan yang beribu tu, hanya segelintir yang terpilih oleh kita sahaja yang boleh kita jadikan dia sahabat. Semua orang kita boleh berkawan, tapi tak semua kawan boleh dijadikan sahabat.

Sahabat adalah seseorang yang selalu berada tatkala kita bersedih dan gembira. Jika ada apa-apa masalah, atau cerita, sahabat lah yang akan kita cari dan kongsikan bersama. Bergaduh dan berbaik semula, bergaduh lagi dan berbaik semula lagi, salah faham itu ini, membuatkan hubungan persahabatan itu lebih akrab, dan dapat mematangkan kita dalam pergaulan. Sahabat akan menegur kesalahan/kekurangan yang ada pada kita, dan kita haruslah menerima teguran itu dengan positif tak kiralah teguran itu daripada siapapun keluarga ke pensyarah ke, mahupun sahabat.

Saya menerima message ini dari sahabat-sahabat saya pagi tadi :

Ya Allah Ya Tuhan ku, berkatilah sahabatku yang paling ku sayang,
Cubit aja pipinya kalau dia nakal :p
Pimpinlah dia ke jalan yang benar :)
Tapi jangan biarkan airmata jatuh dipipinya yang manis itu ya :(
Kerana sebahagian semangatku ada di dirinya...

( Auchh thank you my bebeh bebeh ! )

SELAMAT HARI PERSAHABATAN SEDUNIA !

 I love you, my friends 



Friday 27 July 2012

Damn Situation

Assalamualaikum.

Maaf kepada semua sebab blog Iva mengalami masalah apabila kena HACKED. Ye memang Iva rasa sangat sedih pada waktu itu, Iva terfikir kenapa ada juga makhluk Allah SWT yang mengkhianati Iva di bulan Ramadhan yang mulia ini. Mungkin ada yang tahu mengenai blog Iva, mungkin ada yang dah baca apa yang HACKERS telah buat pada blog Iva disertakan dengan "Ucapan" Hari Raya. 

Ye memang kita semua maklum, bukan semua orang suka dengan sikap dan perangai kita. Ada yang tidak berpuas hati, iri hati, dan mempunyai sifat hasad dengki sehingga buat dajal pada kita dan menjatuhkan maruah kita. Biasalah ada sesetengah manusia yang tak boleh tengok kita senang, ada sahaja cara dia untuk menjatuhkan seseorang itu. 

Ingatlah, Allah SWT itu maha adil. Apa yang anda buat, anda akan terima balik. Thats called KARMA.
Janganlah kita judge yang bukan-bukan terhadap seseorang yang kita tidak kenal. Tak kenal maka tak cinta, isn't it ? Dan pepatah itu bukan bermaksud bila dah kenal terus jatuh cinta macam orang bercinta tu, kenal dulu seseorang itu dengan positively, then baru judge. Tak kenal tak apa tiba-tiba nak cakap itu ini burukkan nama baik orang tu, susah lah. 

Saya hanya manusia biasa yang tak mampu untuk melakukan sesuatu yang boleh memuaskan hati semua orang, kerana setiap orang mempunyai sifat dan pendapat yang berbeza, rite ?

SAYA OKAY KALAU ORANG OKAY DENGAN SAYA. 
TOLONG JANGAN SIBUK TEPI KAIN ORANG KALAU TEPI KAIN SENDIRI TERKOYAK.
Simple thing, simple sentences.

Iva minta maaf kalau ada salah laku terkasar bahasa tersalah semua yang salah-salah tu lah kan, maafkan Iva. Di bulan Ramadhan yang mulia ini, semoga semua umat Islam dapat muhasabah diri dan berubah kearah kebaikan. Amin... 
(mengingatkan diri sendiri juga)


Sunday 22 July 2012

Salam Ramadhan

Assalamualaikum.

Hehe jap jap, ada gambar sebelum Iva mulakan bicara pada kali ini.


Heee tadaaaaaa ! Okay itu gambar pada hari Jumaat lepas, sebelum berpuasa pada esok harinya. Hehe

Okay back to our topic...

Hi semua. Apa khabar ? Sihat ? 
Semoga awak semua sihat walafiat dan bertenaga sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. 
Macam mana dengan juadah berbuka puasa ? Bagi mereka yang membeli juadah di bazaar ramadhan tu, beli ala kadar je okay. Elakkan pembaziran. Kalau tak sempat nak berbuka tu, sesak di tengah jalan raya ke kan, berbukalah dengan 3 biji kurma dan segelas air kosong pun dah cukup, mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW. Tapi kalau takde kurma, air mineral yang botol kecil tu pun sudah memadai. Hehe :) 

By the way, tiba-tiba cakap omputih pulak kan haaa, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak & Selamat Berpuasa to all Muslims.

Iva mohon maaf atas segala salah dan silap, tersalah bicara, terkasar bahasa, termengumpat termengungkit termengata termemerli semua semua lah yang salah salah tu, maafkan Iva ye :') 

Yelah sebenarnya, kalau kita ada buat salah, bila-bila masa pun kita boleh minta maaf, tak perlu nak tunggu puasa sampaikan ke raya. Tapi dikesempatan Iva berbicara ni, sekali dengan mohon maaf sekali lah, hehe :)

Kepada kawan-kawan yang berpraktikal, seperti mana Iva, dan kawan-kawan yang lain yang sedang meneruskan perjuangan di kampus tu, minum air suam banyak-banyak dan makan kurma time bersahur tu, biar bertenaga pada esok hari untuk pergi bekerja ataupun ke kuliah :) 

Okay macam mana dengan persiapan Hari Raya ? 
Will be continued...

Thank you for reading :)

Wednesday 11 July 2012

Practical

Assalamualaikum.

Hi semua. Hello readers! Apa khabar? Sihat? Kawan-kawan yang praktikal tu, macam mana? Okay tak dengan suasana tempat kerja, situasi, tugas yang diberi? Everything's okay? Good then :)
Okay hari ni Iva nak bercerita mengenai pengalaman berpraktikal selama 3 hari ni, bos tanya, 
"Macam mana Iva? So far so good?
"Yeah so far so good.. :D"

Hehe yeahh so far so good. Hopefully u olls pun begitu juga ya, teman-teman. Buat masa sekarang, Iva diberi tugas untuk buat akaun dengan menggunakan sistem UBS. Bagi mereka yang ada belajar subjek ni, mesti korang tahu. Okay cerita ringkas simple pimple jelah, boleh? Hihi. 
Oh lupa, Iva sebenarnya nak bagi tahu mengenai buku catatan harian yang kita kena catat hari-hari mengenai tugas/kerja/projek apa yang kita buat dalam buku yang telah diberi tu. Ramai yang keliru dengan buku catatan dengan full report tu. Okay kat sini Iva akan cerita serba sedikit mengenai tu, mengikut pengetahuan Iva lah eh. Sebab Iva ada tanya-tanya pada senior juga tentang perkara ni. Maklumlah kita baru nak berpraktikal, dan mungkin pada awalnya masing-masing keliru dengan perihal ni. Okay.

Ramai yang tanya, "Catatan harian tu tulis dalam bahasa melayu, atau english?"

Okay. Kalau korang buat catatan harian/diari tu dalam bahasa melayu, so full report pada akhir praktikal nanti pun buat lah dalam bahasa melayu. Kalau catatan harian/diari tu korang buat dalam english, so full report nanti pun buat jugak dalam english. 
Jangan campur aduk rojak macam kita selalu guna tu eh eh, hehe :)
Dan kalau korang nak tahu, batch lepas a.k.a senior kita yang lepas, dorang kena buat presentation dalam bahasa inggeris katanya. Kan kan? Haa. 

So sooo, chaiyookkk kawan-kawan ! We can do it ! :)

Eh eh, Iva macam nak ngobrol-ngobrol santai ya disini. Rasa penat tu sangat terserlah okay, balik je praktikal, terus K.O. Macam manalah dengan parents kita yang bekerja, balik memasak, jaga anak, basuh kain, kemas rumah lagi, haihhh tak terkira penatnya. Apalah nak dibandingkan dengan penat kita ni. Sekarang baru Iva sedar macam mana penatnya bila bekerja ya. Tu belum campur kemas rumah, tolong ibu kat dapur apa semua lagi haaa. 

Okay lah, sampai sini je Iva  nak cerita. Eh tapi sebelum tu kan, haaaa tengok gambar kat bawah ni :


Haa ni lah muka hari ke-3 praktikal huahuahuaa :D Bergambar jap sebelum berangkat ke office heee.

TIADA APA YANG SENANG DI DALAM DUNIA NI. SEMUANYA SUSAH. SEBAB TU KENA BELAJAR. 
MACAM AKAUN. ORANG KATA AKAUN SUSAH. TAKPE. BOLEH BELAJAR SAMPAI JADI SENANG :)

Assalamualaikum.




Sunday 8 July 2012

It's Time To Work

Assalamualaikum.

Hi semua. Dah lama Iva tak ber'blogging'. Selalu layan coolblog je. Sebab Iva busy sikit dengan shortsem ni, sekarang ni Iva dah habis cuti semester dan esok bermula lah satu adegan baru buat Iva dan kawan-kawan yang seperjuangan dengan Iva, iaitu PRAKTIKAL. 

Bermula pada esok hari iaitu 9 Julai 2012, Iva akan mula praktikal pada pukul 9pagi - 6petang, di firma MIG Associates. Bagaimana pula dengan kawan-kawan yang lain ? Semoga esok baik-baik saja ya teman-teman semua. Kita harus buat yang terbaik ya untuk praktis ini. Harap-harap selama Iva berpraktikal nanti, semuanya berjalan dengan lancar. 
Semoga sukses ya semua ! Goodluck, guys !

Iva tak tahu bila pulak Iva akan post cerita baru. InsyaAllah kalau ada masa terluang, Iva cerita lagi okay. Keep in reading my pokpekpokpek's blog HAHA.

SORRY ENTRY KALI TAKDE GAMBAR.

Monday 18 June 2012

Wahai Wanita

Perempuan, tak perlu kita cari seribu satu attention lelaki. Tak bermakna awak ada beribu peminat lelaki, awak itu wanita sejati. Cukuplah dengan kita menjaga hati dan dalamkan cinta kita buat Ilahi. Ive been there. Ive done that. Bukan pada lelaki terletaknya kebahagiaan dan kejayaan or even sesuatu untuk kita banggakan. Tetapi pada iman, pada hati, pada nurani jiwa kita sendiri. Akan Allah kirimkan lelaki sejati buat kita nanti. InsyaAllah :)



Sunday 13 May 2012

Amira Amalina's

Assalamualaikum.


Woahhh hello semua. Dah lama Iva tak post cerita kan? Sorry lately ni I'm quiet busy dengan exam, short-sem.
Okay now, entry kali ni Iva nak cerita tentang wedding reception kawan sekolah Iva, Amira Amalina bt. Remlan. Dia sebaya Iva jugak, birth on 1992. 
Semalam bersamaan 12 Mei 2012, Amira selamat diijabkabulkan dengan suami tercinta iaitu Mohd Nazwan b. Dzulkarnaine. Persandingannya telah berlangsung pada malam tarikh yang sama diijabkabulkan di Dewan Siantan 1, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, 62675 WP Putrajaya.

Majlis yang mewah dan ceria itu diserikan lagi dengan konsep Garden dan sesuai dengan kedua pengantin mempelai yang seperti Princess and her Prince Charming. Jom kita tengok gambar-gambar yang menceritakan sedikit sebanyak di majlis itu.


Mohd Nazwan & Amira Amalina




Banner, meja dan kerusi hiasan, dan basikal comel yang terletak di hadapan ruangan masuk pintu dewan.


Garden concept cute thrones and pink theme


A beautiful wedding cake


Mira sang a Love Story song for her husband


How sweet.. Nazwan play guitar and sing for his beloved.


Schoolmates, except Izzat's mom :)


There's Iylia sitting on my left and Athirah the specky one, behind Iylia :D


Si snow white Izzat Azlizan (ex mira time skolah dulu)


Mama Mira, Maria Tunku Sabri, Mama Nazwan





Semoga berbahagia dan berkekalan sehingga ke akhir hayat, Amira dan Nazwan :) 
Amin...

SELAMAT PENGANTIN BARU

-siapa pulak lah yang akan kahwin pula lepas ni-


Sunday 8 April 2012

Projek Softskills

Assalamualaikum.

Dah lama tak ber'blogging' ni. Maklumlah busy nak dekat final dah. Oh sebelum tu, Iva minta maaf sebab entry kali ni takde gambar. Kali ni Iva nak ceritakan satu cerita dan pengalaman baru bagi Iva. Okay dari pagi tadi sampai pukul 2 petang tadi, Iva bersama dengan students of DAT3E telah berjaya menjalankan projek Softskills kami dengan lancar. Walaupun ada sedikit masalah yang berlaku, tapi Alhamdulillah kami mampu mengatasinya. Setibanya di sana, Iva salah seorang AJK sukaneka a.k.a fasilitator, berasa sangat sayu dan sedih melihat kesemua anak-anak yatim itu. Banyak persoalan yang bermain difikiran Iva ni. Iva sendiri terbayang macam mana Iva kalau berada ditempat mereka. Iva hampir menangis, tetapi Iva kuatkan hati jugaklah. over touching feeling flavour plak aku

Ha lepas tu, waktu mereka semua dibahagikan kumpulan, ada 2 orang anak yatim ni yang bergaduh untuk tukar kumpulan, kerana dia satu kumpulan dengan musuhnya. pulak dah. Lepas tu, kitorang cuba tanya apa masalah mereka, dan takpelah, layan jelah dorang nak tukar kumpulan. Takut nanti dorang tak enjoy pulak dengan aktiviti yang kami buat.

Anggaran umur mereka dirumah anak yatim tu sekitar 7 tahun sehingga 17 tahun, mungkin. Iva pun tak berapa pasti. Tapi lingkungannya lebih kurang begitulah hihi. Okay then, mereka diarahkan untuk mengikut setiap fasilitator kumpulan dorang untuk berjalan bergerak ke padang sekolah. Ya Allah, punyalah susah nak urus dorang. Ada yang berpecah pergi jalan dengan kawan dorang yang berada di kumpulan lain, ada yang jalan luar barisan, haihh macam-macam hal :) Ada sorang 'anak buah' Iva, cewahh, Iva kan fasilitator hihi, okay dia suruh Iva panggil dia Siti. Dia dalam lingkungan darjah 4 atau darjah 5 lah, perempuan. Dia sorang je. Waktu jalan, dia pegang tangan Iva, terasa sifat keibuan sikit disitu ye, Iva pun sembanglah dengan dia. Iva tanya :

Iva : Siti rapat dengan siapa kat sini ?
Siti : Takde siapa.
Iva : Kenapa?
Siti : Siti nak kawan dengan diorang tapi diorang semua taknak kawan dengan siti, sebab Siti baru je masuk kat sini.
Iva : Bila siti masuk sini ?
Siti : Em.. bulan 2 hari tu.
Iva : Oh. Alaa takpe. Sekarang dorang taknak kawan dengan siti, biarkan je. Siti buat baik je dengan dorang. Orang nak kata apa, siti diam je okay :)
Siti : Okay kakak :) Birthday kakak bila?
Iva : Lambat lagi.. Bulan 9 nanti. Siti plak?
Siti : Birthday siti dah lepas dah. Bulan 2. Birthday siti sama dengan arwah mama.

Then Iva tak tahu nak cakap ape, Iva diam jelah. Tersentuh hati Iva dengar dia cerita macam tu. Hmm. 'Anak-anak buah' Iva sangat manja dengan Iva. Umur mereka pun ada yang sebaya dengan adik-adik Iva.
Hm then, ada yang bergaduh bertumbuk diantara dorang, tak tahu lah kenapa, tak sempat nak tanya sebab tengah busy dengan aktiviti yang sedang berjalan waktu tu. Tapi Alhamdulillah pergaduhan dorang dapat dileraikan, kalau tak rasanya dah bertumbuk teruk agaknya dorang tu. Kita pun tak tahu apa yang tersimpan dalam hati anak-anak yatim tu semua, mereka pun tidak dapat kasih sayang ibu bapa mereka dengan sepenuhnya, mungkin diorang ada masalah yang terpendam ke, tertekan ke, atau tak sehaluan ke, kita pun tak tahu. Mereka pun dah macam adik beradik kan. So, biasalah tu gaduh-gaduh adik-beradik kot :3

Takpelah apepun, layan kan ajee :) Okay selesai projek Softskills di rumah anak yatim Jasin tadi. Walaupun macam-macam perangai dan karenah mereka yang perlu dilayan, tetapi sangat seronok ! Penat sikit lah tapi semuanya berbaloi. 

I'm so happy for today, and I'm gonna miss you much sisters and brothers :)


Monday 19 March 2012

Empty by Najwa Latif

Okay firstly Iva nak bagi tahu yang entry ni content link video and lirik lagu sekali. Mula-mula Iva dengar apa lagu lahh ni, pelik-pelik je. Pastu Ikha play lagu ni banyak kali, pastu macam 'Eh best pulak lagu ni..' hehe
Try click sini dan dengar lagu Najwa Latif ni :)

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong .. kosong 

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong


Wednesday 8 February 2012

-.-" :)

Assalamualaikum.

Waaaaaaa dah lama sesangat-sangatnyeee tak update blog nih. Haa dah berhabuk debu agaknya :p Entry kali ni takde gambar. Sorry. Btw, Iva nak cerita pasal cuti Maulidur Rasul lepas.
Sepatutnya cuti sampai hari selasa, sempena Thaipusam kan. Tetapi...disebabkan Melaka tak cuti Thaipusam, so Iva cuti sampai hari Isnin jeeee. So Iva, salah seorang pelajar Politeknik Merlimau Melaka, sekalian dengan mereka yang belajar di Melaka juga turut TIDAK CUTI!! Damnn. Kesian kat kawan-kawan kaum India yang lain tak dapat sambut Thaipusam dengan family dorang. Orang lain yang cuti sempena Thaipusam, duduk rumah tengok tv, makan banyak, tapi kami kena pergi class -.-"
Tapi takpelah, at least dapat ilmu kan kan kan ^^

Haa lagi satu hal yang paling Iva sedih, kan Iva cuti sampai Isnin je. Hari Isnin tu dah kena balik Merlimau. Hari yang kena balik Merlimau tu lahh pulak ibu buat makan-makan panggil saudara semua datang rumah. Waaaaaa tak dapat nak join :'( Ibu masak nasi beriani, kek, biskut milo, agar-agar, hm ape lagi eh? Tak ingat dah hehe. Tapi takpe, ibu bekalkan Iva nasi beriani :D yeeehaaaaa!!!! Sedappp!!
Sampai rumah sewa, Iva makan nasi beriani tu share dengan Ika, Hana, dan Ira.

Iva pun texted ibu and bagi tahu nasi beriani tu sedap. Tak lama tu ibu called Iva and Iva dengar bunyi bising. Hmm mesti kecoh meriah kat rumah time tu kann. Tapi takpelah, next time pun ada lagi boleh buat makan-makan lagi :)

Next week balik Bandar Baru Bangi!! Yeayy! Semester break u olls...
Nak makan banyak-banyak kat rumah nanti. Bye! ^^