Assalamualaikum. Welcome to my blog. I'm Iva, owner of this diary. There have some stories and hijab tutorials here. Thank you for visiting this blog. Follow my blog and keep on reading my stories. Thank you . . . . .

Sunday 8 April 2012

Projek Softskills

Assalamualaikum.

Dah lama tak ber'blogging' ni. Maklumlah busy nak dekat final dah. Oh sebelum tu, Iva minta maaf sebab entry kali ni takde gambar. Kali ni Iva nak ceritakan satu cerita dan pengalaman baru bagi Iva. Okay dari pagi tadi sampai pukul 2 petang tadi, Iva bersama dengan students of DAT3E telah berjaya menjalankan projek Softskills kami dengan lancar. Walaupun ada sedikit masalah yang berlaku, tapi Alhamdulillah kami mampu mengatasinya. Setibanya di sana, Iva salah seorang AJK sukaneka a.k.a fasilitator, berasa sangat sayu dan sedih melihat kesemua anak-anak yatim itu. Banyak persoalan yang bermain difikiran Iva ni. Iva sendiri terbayang macam mana Iva kalau berada ditempat mereka. Iva hampir menangis, tetapi Iva kuatkan hati jugaklah. over touching feeling flavour plak aku

Ha lepas tu, waktu mereka semua dibahagikan kumpulan, ada 2 orang anak yatim ni yang bergaduh untuk tukar kumpulan, kerana dia satu kumpulan dengan musuhnya. pulak dah. Lepas tu, kitorang cuba tanya apa masalah mereka, dan takpelah, layan jelah dorang nak tukar kumpulan. Takut nanti dorang tak enjoy pulak dengan aktiviti yang kami buat.

Anggaran umur mereka dirumah anak yatim tu sekitar 7 tahun sehingga 17 tahun, mungkin. Iva pun tak berapa pasti. Tapi lingkungannya lebih kurang begitulah hihi. Okay then, mereka diarahkan untuk mengikut setiap fasilitator kumpulan dorang untuk berjalan bergerak ke padang sekolah. Ya Allah, punyalah susah nak urus dorang. Ada yang berpecah pergi jalan dengan kawan dorang yang berada di kumpulan lain, ada yang jalan luar barisan, haihh macam-macam hal :) Ada sorang 'anak buah' Iva, cewahh, Iva kan fasilitator hihi, okay dia suruh Iva panggil dia Siti. Dia dalam lingkungan darjah 4 atau darjah 5 lah, perempuan. Dia sorang je. Waktu jalan, dia pegang tangan Iva, terasa sifat keibuan sikit disitu ye, Iva pun sembanglah dengan dia. Iva tanya :

Iva : Siti rapat dengan siapa kat sini ?
Siti : Takde siapa.
Iva : Kenapa?
Siti : Siti nak kawan dengan diorang tapi diorang semua taknak kawan dengan siti, sebab Siti baru je masuk kat sini.
Iva : Bila siti masuk sini ?
Siti : Em.. bulan 2 hari tu.
Iva : Oh. Alaa takpe. Sekarang dorang taknak kawan dengan siti, biarkan je. Siti buat baik je dengan dorang. Orang nak kata apa, siti diam je okay :)
Siti : Okay kakak :) Birthday kakak bila?
Iva : Lambat lagi.. Bulan 9 nanti. Siti plak?
Siti : Birthday siti dah lepas dah. Bulan 2. Birthday siti sama dengan arwah mama.

Then Iva tak tahu nak cakap ape, Iva diam jelah. Tersentuh hati Iva dengar dia cerita macam tu. Hmm. 'Anak-anak buah' Iva sangat manja dengan Iva. Umur mereka pun ada yang sebaya dengan adik-adik Iva.
Hm then, ada yang bergaduh bertumbuk diantara dorang, tak tahu lah kenapa, tak sempat nak tanya sebab tengah busy dengan aktiviti yang sedang berjalan waktu tu. Tapi Alhamdulillah pergaduhan dorang dapat dileraikan, kalau tak rasanya dah bertumbuk teruk agaknya dorang tu. Kita pun tak tahu apa yang tersimpan dalam hati anak-anak yatim tu semua, mereka pun tidak dapat kasih sayang ibu bapa mereka dengan sepenuhnya, mungkin diorang ada masalah yang terpendam ke, tertekan ke, atau tak sehaluan ke, kita pun tak tahu. Mereka pun dah macam adik beradik kan. So, biasalah tu gaduh-gaduh adik-beradik kot :3

Takpelah apepun, layan kan ajee :) Okay selesai projek Softskills di rumah anak yatim Jasin tadi. Walaupun macam-macam perangai dan karenah mereka yang perlu dilayan, tetapi sangat seronok ! Penat sikit lah tapi semuanya berbaloi. 

I'm so happy for today, and I'm gonna miss you much sisters and brothers :)


No comments: