Assalamualaikum. Welcome to my blog. I'm Iva, owner of this diary. There have some stories and hijab tutorials here. Thank you for visiting this blog. Follow my blog and keep on reading my stories. Thank you . . . . .

Friday 27 July 2012

Damn Situation

Assalamualaikum.

Maaf kepada semua sebab blog Iva mengalami masalah apabila kena HACKED. Ye memang Iva rasa sangat sedih pada waktu itu, Iva terfikir kenapa ada juga makhluk Allah SWT yang mengkhianati Iva di bulan Ramadhan yang mulia ini. Mungkin ada yang tahu mengenai blog Iva, mungkin ada yang dah baca apa yang HACKERS telah buat pada blog Iva disertakan dengan "Ucapan" Hari Raya. 

Ye memang kita semua maklum, bukan semua orang suka dengan sikap dan perangai kita. Ada yang tidak berpuas hati, iri hati, dan mempunyai sifat hasad dengki sehingga buat dajal pada kita dan menjatuhkan maruah kita. Biasalah ada sesetengah manusia yang tak boleh tengok kita senang, ada sahaja cara dia untuk menjatuhkan seseorang itu. 

Ingatlah, Allah SWT itu maha adil. Apa yang anda buat, anda akan terima balik. Thats called KARMA.
Janganlah kita judge yang bukan-bukan terhadap seseorang yang kita tidak kenal. Tak kenal maka tak cinta, isn't it ? Dan pepatah itu bukan bermaksud bila dah kenal terus jatuh cinta macam orang bercinta tu, kenal dulu seseorang itu dengan positively, then baru judge. Tak kenal tak apa tiba-tiba nak cakap itu ini burukkan nama baik orang tu, susah lah. 

Saya hanya manusia biasa yang tak mampu untuk melakukan sesuatu yang boleh memuaskan hati semua orang, kerana setiap orang mempunyai sifat dan pendapat yang berbeza, rite ?

SAYA OKAY KALAU ORANG OKAY DENGAN SAYA. 
TOLONG JANGAN SIBUK TEPI KAIN ORANG KALAU TEPI KAIN SENDIRI TERKOYAK.
Simple thing, simple sentences.

Iva minta maaf kalau ada salah laku terkasar bahasa tersalah semua yang salah-salah tu lah kan, maafkan Iva. Di bulan Ramadhan yang mulia ini, semoga semua umat Islam dapat muhasabah diri dan berubah kearah kebaikan. Amin... 
(mengingatkan diri sendiri juga)


No comments: