Assalamualaikum. Welcome to my blog. I'm Iva, owner of this diary. There have some stories and hijab tutorials here. Thank you for visiting this blog. Follow my blog and keep on reading my stories. Thank you . . . . .

Monday 30 July 2012

Selamat Hari Persahabatan Sedunia


Sahabat ? Ramai yang suka akan pepatah "Berkawan biar beribu, berkasih biar satu". Tapi dalam ramai-ramai kawan yang beribu tu, hanya segelintir yang terpilih oleh kita sahaja yang boleh kita jadikan dia sahabat. Semua orang kita boleh berkawan, tapi tak semua kawan boleh dijadikan sahabat.

Sahabat adalah seseorang yang selalu berada tatkala kita bersedih dan gembira. Jika ada apa-apa masalah, atau cerita, sahabat lah yang akan kita cari dan kongsikan bersama. Bergaduh dan berbaik semula, bergaduh lagi dan berbaik semula lagi, salah faham itu ini, membuatkan hubungan persahabatan itu lebih akrab, dan dapat mematangkan kita dalam pergaulan. Sahabat akan menegur kesalahan/kekurangan yang ada pada kita, dan kita haruslah menerima teguran itu dengan positif tak kiralah teguran itu daripada siapapun keluarga ke pensyarah ke, mahupun sahabat.

Saya menerima message ini dari sahabat-sahabat saya pagi tadi :

Ya Allah Ya Tuhan ku, berkatilah sahabatku yang paling ku sayang,
Cubit aja pipinya kalau dia nakal :p
Pimpinlah dia ke jalan yang benar :)
Tapi jangan biarkan airmata jatuh dipipinya yang manis itu ya :(
Kerana sebahagian semangatku ada di dirinya...

( Auchh thank you my bebeh bebeh ! )

SELAMAT HARI PERSAHABATAN SEDUNIA !

 I love you, my friends 



No comments: