Assalamualaikum. Welcome to my blog. I'm Iva, owner of this diary. There have some stories and hijab tutorials here. Thank you for visiting this blog. Follow my blog and keep on reading my stories. Thank you . . . . .

Friday, 13 January 2012

Capture??

Assalamualaikum.
Helloooo. Hee dah lama sangat tak update blog. Sebab takde cerita. Rutin harian macam biasa lahh pergi class, balik class, makan, buat nota, bla bla blaa.. Tapi hari ni ada cerita yang macam funny sikit and macam err sikit.
Okay pagi tadi macam biasa lahh bangun awal, kena mandi awal. Kalau tak nanti haa menunggu lah giliran mandi. Yelahh kat rumah sewa ni ada 15 orang. 5 orang duduk bawah, lagi 10 orang duk tingkat atas. Haa bilik air kat atas ada 2 jee. So kena lahh pandai-pandai set masa nak bangun awal ke lambat ke nak mandi dulu ke ape ke kann. Tapi hari ni class Bella cancel, tapi jap lagi dorang ada rombongan kelas pergi ke Kelantan. Ecah punya class memang takde dalam jadual hari jumaat. So Iva, Hana dan Ika je yang pergi class pagi ni. Okay.
Sampai je poli pagi tadi, tunggu punya tunggu apesal laaa macam takde jee budak-budak class ni. Rupa-rupanya class cancel. Dah pulakk Iva kena tunggu class pukul 10 pulakk. Nak balik, macam malas je nak menapak. So Iva pun pergilahh kantin, breakfast. Hehee lapooo :D
Pastuu dah beli makanan semua, Iva pun duduk lahh makan. Iva sorang je, sebab kawan lain semua ada class. Takpelah tak kisah pun. Pagi-pagi pukul 8 macam tu memang tak ramai orang, sebab waktu macam tu biasanyaa semua tengah ada class. Tak lamaa tu, ada lahh sekumpulan pelajar lelaki ni, sem berapa pun Iva tak sure, dorang tengok-tengok Iva. Iva pun macam 'Eh ada yang tak kena ke dengan aku ni?'.
Tapi Iva buat dek jelahh. Iva buat tak tahu jee sambil makan nasi ayam dengan minum teh O ais. Sambil makan tu, Iva pun pandang lahh orang yang tengah berjalan, berbual, yang baru nak datang breakfast, then Iva ternampak seseorangg heee. Selama ni tegur-tegur dalam FB je, sekali haa jumpa jugak Nur Azirah Jefry hee :D Tapi nampak dari jauh jelahh, dia senyum pada Iva dan Iva pun senyum balik :))
Pastuu, haa sebelum tu, Iva nak bagi tahu, ni bukan perasan ke cari publisiti ke ape eh, ni kisah benar. Hee :D Okay Iva macam ternampak sesuatu yang seperti Iva kenal benda alah tu. Yeahh sememangnyaa. Nak tahu ape? HANDPHONE!! Yeahh salah seorang dari sekumpulan lelaki tadi boleh amek gambar Iva dan ohh pandai betul dia cover handphone tu ingat Iva tak nampak ke haa? Iva pun macam 'Alamakk dah kenapaa dorang ni.. Nak makan pun tak senang betul lahh.' Iva pun buat donno jelahh. Yelahh Iva tengah makan, takkan nak angkut pinggan makan kat meja lain kot? Pastu Iva pun macam, err kena makan cepat-cepat ni. Nasi banyak lagi ni. Jangan berlengah lagi. Makan makan makan makan yeahh. 
Pastu time Iva tengah makan tu, haa sorang-sorang konon-konon lalu sebelah Iva. Iva buat tak tahu jee pandang je pinggan dan nasi tu mengunyah secepat mungkin haha. Salah sorang dari dorang datang kat Iva, tetiba tanya 'Eh Sharifah mana? Sharifah?' Iva pandang dia, buat muka pelik. Pastu Iva sambung makan balik, dia pun pergi dari meja Iva. Dalam hati Iva, 'Bila masa plak aku ada kawan nama Sharifah? Kat poli ni takde pulak lahh member aku nama Sharifah.' Iva sambung makan balik, dah habis makan terus pergi library haha. Boringg tak tahu nak buat apa dari pukul 8am-10am. Sementara nak tunggu class pukul 10am tu, Iva pun pergi lah lepak library. Haa pastu class dan rutin harian berjalan seperti biasa. Kecuali breakfast pagi tadi je yang luar biasa sikit uhukuhukuhuk :p

Okay lahh terima kasih baca cerita bodoh Iva satu hari ni hehe. Nanti Iva tulis-tulis lagi hoo bubyeee :D


2 comments:

Krash Hardy said...

uuuuu.....hotnye die..gahahaha

Lusya said...

Ahaaa uuuuu XD