Assalamualaikum. Welcome to my blog. I'm Iva, owner of this diary. There have some stories and hijab tutorials here. Thank you for visiting this blog. Follow my blog and keep on reading my stories. Thank you . . . . .

Tuesday 11 June 2013

Kisah Titanic Tenggelam dalam Surah Yassin

Assalamualaikum.

Entry pada kali ini Iva dapat info dari Facebook. Baca cerita dibawah :

Kapal termahal yang pada mulanya diberi nama Gigantic, sesuai dengan statusnya yang besar dan mewah, kemudian ditukar kepada Titanic yang bermaksud ‘Dewa Jahat Perkasa’.

Kapal mewah ini mengambil masa 3 tahun untuk disiapkan, serta melibatkan 5 ribu tenaga kerja itu akhirnya tenggelam menjadi tukun pembiakan ikan di dasar lautan Atlantik hanya selepas 4 hari belayar merentasi samudera dari Southampton, England menuju ke New York.

Pelbagai andaian dan teori yang di utarakan oleh para penyelidik bagaimana kapal ini boleh tenggelam. Tertarik dengan kata kata salah seorang pengkaji sejarah Titanic iaitu Carl dan Rushmore yang berkata manusia membuat ramalan bahawa kapal tersebut tidak akan tenggelam, manusia kadang-kadang alpa dengan teknologi yang canggih tanpa menyedari ada KUASA LAIN YANG MAMPU MEMUSNAHKAN TEKNOLOGI tersebut. Bagi kita sebagai umat Islam, sememangnya tiada apa yang nak dihairankan.

Pemilik kapal mewah ini pernah mengeluarkan kenyataan angkuhnya iaitu ‘Tuhan pun tidak mampu menenggelamkannya..”
Kata-kata ini sudah cukup menunjukkan betapa megahnya pemilik kapal Titanic ini, dalam satu majlis makan malam sempena pelancarannya iaitu kira-kira beberapa hari sebelum kapal ini memulakan perjalanan.

Surah Yasiin ayat : 41-44
41. Dan suatu tanda (kebesaran Allah yang besar) bagi mereka adalah bahwa Kami angkut keturunan mereka dalam bahtera yang penuh muatan,
42. dan Kami ciptakan untuk mereka yang akan mereka kendarai seperti bahtera itu.
43. Dan jika Kami menghendaki niscaya Kami tenggelamkan mereka, maka tiadalah bagi mereka penolong dan tidak pula mereka diselamatkan.
44. Tetapi (Kami selamatkan mereka) karena rahmat yang besar dari Kami dan untuk memberikan kesenangan hidup sampai kepada suatu ketika.

Kapal ini digambarkan penuh muatan mungkin seperti kapalnya Nabi Nuh A.S.
Untuk Kapal Titanic, Allah SWT ternyata berkehendak, “Kami tenggelamkan mereka”, maka tenggelamlah kapal Titanic beserta sebagian besar penumpangnya. Tetapi Allah juga berkehendak, “Kami selamatkan mereka”, sehingga ada juga penumpang yang selamat yaitu sebagian besar wanita dan anak-anak. ALLAHUAKBAR!!

Wallaahu a’lam




No comments: